Oleh SARAWALLIEH HJ ASHRIN
PUTRAJAYA: Seramai 12 kakitangan Jabatan Bekalan Air W.P.Labuan (JBAL) adalah di antara 56 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Malaysia bagi Tahun 2010 yang berlangsung di Auditorium Parcel E, Putrajaya seawal jam 8.30 pagi pada 24 Mei 2011 lalu.
Daripada 12 anggota JBAL itu, terdiri 10 penerima APC dan selebihnya masing-masing satu penerima Anugerah Ketua Setiausaha (KSU) dan Warga Mithali.
Mereka ialah Siti Fatimah Hj Kasnaini (Penolong Akauntan W27) yang tidak menghadiri kerana sedang bercuti panjang, Siti Faridah Bandar (PT N22), Hjh Dayang Hj Kadir (PT N22), Ragayah Mohd Noor, Salmah Hj Salleh, Suzanah Abdullah (Pembantu Tadbir N17), Azamy Husin (Juruteknik J22), Sarawalih Hj Asrin (PAK R6), Mohd Kassim Hj Jalil (Tukang K3 R14), Lichard Charli @Chali (Tukang K3 R9) bagi APC 2010.
Tahun ini juga termasuk dua penerima tunggal Anugerah KSU, iaitu Jailis Talib (Pemandu Kenderaan R3) dan Mat Daud Hj Mohamad (PAK R6) adalah penerima Anugerah Warga Mithali yang merupakan pertama diperolehi JBAL yang diperkenalkan kementerian itu sejak dua tahun lalu.
Dua kakitangan JBAL yang sudah bertukar musim lalu juga tidak ketinggalan hadir sebagai penerima APC, iaitu Hjh Dayang Hj Kadir sekarang di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Labuan dan Siti Faridah Bandar kini di Jabatan Akauntan Negara (Labuan).
Sebahagian antara penerima APC kali ini juga pernah menerima anugerah yang sama pada musim lalu dan pernah menerima Anugerah KSU tahun lalu.
Sejumlah 56 penerima APC 2010 adalah para pegawai dan kakitangan di kementerian KeTTHA, Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) Putrajaya, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Kuala Lumpur dan Jabatan Bekalan Air W.P.Labuan (JBAL).
Bakal penerima anugerah telah disampaikan oleh Menteri KeTTHA, Dato' Seri Peter Chin Fah Kui di Auditorium itu yang juga sekali gus merasmikan 'Pelancaran Kempen Senyum' di kementeriannya dan seterusnya beliau dan Timbalannya Puan Noriah Kasnon turut meraikan kehadiran para pegawai baru di kementerian berkenaan.
Khusuk dengar ucapan.. sebahagian penerima APC 2010 KeTTHA
Penerima APC 2010 KeTTHA bersama Menteri dan pegawai kanan
Acara simbolik Pelancaran Kempen Senyum KeTTHA oleh Menterinya
Penerima Anugerah KSU 2010 bergambar kenangan dengan Menteri
Penerima Anugerah Warga Mithali 2010 bersama Menteri dan Timbalan
Para pegawai baru di Kementerian KeTTHA Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan