Khamis, 31 Januari 2013

Labuan tuan rumah Sukan Borneo 2013

Utusan Borneo, 16 Januari 2013

LABUAN;  W.P.Labuan buat pertama kali diberi penghormatan sebagai tuan rumah Temasya Sukan Borneo 2013 yang dijangka diadakan pada bulan September atau November ini.

Pada mesyuarat awal Majlis Sukan Labuan (MSL) berhubung penganjuran itu mencadangkan tarikh ianya diadakan pada 11-14 November 2013.
Kertas Konsep Acara Sepak Takraw
disediakan SARAWALIH HJ ASRIN 

Bagaimanapun satu mesyuarat bersama yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) mencadangkan, tarikh temasya sukan itu diadakan pada 17 September 2013, iaitu selepas sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September.

Sukan Borneo dianggap berprestij di Pulau Borneo dan julung kali diadakan di Labuan mampu menarik kemasukkan pelancong domistek dan luar negeri bertandang ke sini.

Sebanyak 11 acara termasuk sukan wajib, pilihan dan sukan tradisional akan disenaraikan membabitkan pasukan-pasukan di Pulau Borneo.

Acara-acara yang disenaraikan ialah lawn bowls, olahraga, silat olahraga, silat seni, bolasepak, sepak takraw (wajib); karate, perahu layar, angkat berat, futsal (pilihan); tarik tali dan gasing (sukan tradisional).

Kesemua acara yang ditandingi membabitkan atlet-atlet berumur 21 tahun.

Sebagai tarikan, acara lumba renang dan permainan hoki dimasukkan pada temasya sukan itu.

Sebanyak lapan pasukan dijangka mengambil bahagian, iaitu Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam, Kalimantan Timur, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, Kalimantan Ketengah dan Labuan selaku tuan rumah.

Dalam pada itu, kesemua persatuan yang terlibat dengan Sukan Borneo W.P.Labuan 2013 dinasihatkan agar memperkemaskinikan struktur jawatankuasa persatuan masing-masing sebelum menghadapi temasya itu supaya tidak timbul sebarang masalah.

Majlis mesyuarat itu meminta persatuan berkenaan segera membuat penyusunan jawatankuasa baharu yang sah didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan Negara. – Oleh Sarawallieh Hj. Ashrin/ sarawallieh@yahoo.com.my

Kertas konsep acara sepak takraw Sukan Borneo 2013 terpaksa disiapkan bagi tempoh 2 minggu, sebelum diserahkan kepada Majlis Sukan Labuan (MSL) untuk tindakan selanjutnya. Hairannya bagaimana pula pihak PL dan Pej Parlimen beria-ia dan bersemangat benar meminta semua persatuan yang terlibat senaraikan baget acara, tidak disebut pula peraturan setiap acara dan borang penyertaan.Sehinggakan persatuan dinasihatkan perkemaskini struktur jawatankuasa dan mendaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan