LABUAN: Dua regu finalis dari Sabah telah memertabatkan imej sukan sepak takraw negeri ini pada Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Labuan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan Labuan ke-27 tahun ini apabila keduanya bertemu di final yang memihak kemenangan bergaya kepada regu Kuala Penyu muncul juara buat pertama kali setelah menewaskan regu PDRM-C (Sabah).Kombinasi baik regu ketiga PDRM Sabah itu yang mempunyai khidmat dua bekas pemain negeri terpaksa akur pada perlawanan akhir ditewaskan trio Kuala Penyu yang juga memiliki tiga mantan pemain negeri melalui permainan ‘straight set’ dengan kiraan mata 21-19, 21-15 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, pada petang Ahad lalu (12-13 Feb 2011).
Bermain hampir satu jam ketika itu menyaksikan servis kencang tekong berpengalaman Mohammad Kahar @Dahlan yang pernah berhijrah untuk Kedah beberapa musim lalu, sambil aksi rejaman Sajali Sipin di apit kanan dan Masran Naaf diposisi apit kiri yang bermain cemerlang untuk regu Kuala Penyu selaku juara mutlak dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 serta medal-medal iringan.
“Gandingan serasi ini merupakan trio terbaik untuk regu Kuala Penyu kali ini, walaupun tanpa menurunkan pemain reserve Herman Nahari”, kata jurulatih mereka Hamidun Hj Mursidi yang juga selaku Pengurus pasukan.
Malang sekali cabaran regu PDRM-C yang diwakili dua bekas pemain negeri, Malai Effendi Malai Muhammad (tekong) dan Dolikum Ajak (apit kiri) yang mengumpan bola kepada adiknya Dulaham Ajak (apit kanan) begitu mudah ditampan baik pihak lawan, mereka merehatkan Rime Jasrie yang berada di bangku simpanan.
Kekalahan regu PDRM-C itu dinobatkan selaku naib juara dengan meraih hadiah wang tunai RM1,000 serta medal-medal sampingan yang disediakan oleh pihak penganjur, Kelab Sukan, Kebajikan dan Kebudayaan (KSKK) Perbadanan Labuan dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw W.P.Labuan (PSTWPL).
Jurulatih sepak takraw PDRM (Sabah), Koperal Redza Jasrie yang membawa tiga regu di kejohanan ini, bersetuju sangat penganjuran terbuka seumpama ini diharapkan memberi peluang status pemain tanpa banyak syarat untuk memperkuatkan pasukan yang mereka sertai.
Menurutnya, semua regu yang dihantarnya telah berjaya melepasi saingan liga kumpulan, tetapi kemenangan tidak menyebelahi dua regu utama dan kedua pasukannya yang kecundang meskipun keduanya berhempas pulas sehingga ke permainan “tie break set” di peringkat suku akhir ketika bertemu dua regu remaja dari Brunei Darussalam.
Impian dua regu remaja dari Brunei Darussalam untuk mencipta nama di Kejohanan Terbuka Labuan ini pula tersungkur kepada regu-regu elit dari Sabah di peringkat separuh akhir, namun kekalahan mereka itu sekadar berpuas hati menyandang tempat ketiga bersama untuk membawa pulang hadiah wang tunai sejumlah RM500 berserta medal-medal.
Didahului dengan kecundang mengejut regu remaja Brunei Ds-A sebagai pasukan favourite, meskipun barisan mantap Marzuki Munap (tekong), Abd Amin Mahari (killer) dan Mohd Hafizzuddin (fider) tunduk kepada PDRM-C menerusi ‘stright set’ 21-15, 21-16 di separuh akhir.
Kehebatan terserlah apabila pertarungan regu remaja Brunei Ds-B yang menjadi harapan coach kelahiran Myanmar, Abd Majid Abdullah, tetapi malangnya killer Mohd Shukri Jaineh menjadi tunggak utama telah mengalami kecederaan bahagian kaki turut digantikan Bujang Ali, di samping Nur Alimin Sungoh (tekong) dan Abd Hadi Ariffin Matali (fider), bagaimanapun tumpas kepada regu Kuala Penyu dalam permainan ‘straight set’ dengan 21-17, 21-15 di separuh akhir.
Sebanyak 22 regu mengambil bahagian di Kejohanan Terbuka Labuan itu yang berlangsung dua hari yang turut disertai 7 regu dari Sabah, 2 regu dari Brunei Darussalam, satu regu dari Limbang, Sarawak dan 12 regu dari tuan rumah W.P.Labuan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan dan Kebudayaan Perbadanan Labuan, Osman Che Jusoh. Hadir sama ialah yang Pengerusi kejohanan tersebut, Ali Ahmad Kimsin dan Penolong SU PSTWPL, Sarawallieh Hj Ashrin yang juga bertindak selaku SU pertandingan berkenaan.
Terdahulu itu pada pagi hari Sabtu pembukaan rasmi kejohanan tersebut telah dilakukan oleh Timbalan Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (Bahagian Operasi), Tuan Ahmad Tuan Muda. – Berita & Foto Oleh: Sarawallieh Hj Ashrin/sarawallieh@yahoo.com
Berminat untuk membeli kasut nanyang ???hubungi saya din pahang 0122468165 / 0192468148
BalasPadamHarga kasut rm45, tidak termasuk harga pos.
BalasPadam