MENANTI penuh harapan, setelah berkursus dan latihan kerja seminggu berada di Loji Rawatan Air Kg Lawa, Gadong, Beaufort, Sabah dari 9-12 November 2010 dengan tujuan menimba ilmu di dada kerana mengikuti arahan sebagai anggotanya yang memungkinkan diri sama ada tugasan hakiki ini benar diperlukan pada masa akan datang.
Kehadiran ini untuk melaksanakan tanggungjawab penting sebagai lawatan sambil bekerja ke Sistem Bekalan Air Labuan Fasa II yang merupakan projek terbesar dibina oleh kementerian KeTTHA kepada jabatan saya dengan menempatkan sebuah loji air dan projek saluran paip air dasar laut kedua menuju ke Pulau Labuan.
Rombongan kami 5 orang, Ahmad Hasan, Abd Jalil Hj Dalimi, Mustakim Hj Dalimi, Riduan Kadir dan saya sendiri dengan bersama staff di Encorp Utilities bagi mengikuti praktikal kerja di loji baru yang terletak berdekatan dengan loji fasa I yang beroperasi sejak 1989 lagi.
Menceritakan sedikit pengalaman kami di Beaufort selama seminggu dengan tinggal secara 'homestay' kami menghadapi fenomena hujan hampir setiap hari. Melalui perjalanan kami lihat beberapa tempat, kawasan perkampungan, banyak rumah, masjid dan pelbagai insfrastruktur kerajaan serta jalan telah digenangi air.
Sedang semengat untuk tembus ke distenasi begitu menyulitkan segala urusan kami terutama mengisi minyak kenderaan untuk ke pekan Beaufort dan urusan kerja di loji air Kg Lawa, Gadong yang perhubungan jalanraya ada kalanya terputus perhubungan, daerah Beaufort sememangnya kerap dilanda banjir. Air Sungai Padas yang menjadi sumber alam yang disedut ke loji untuk diproses sudah berlebihan dan melimpah jalan menyukarkan kami tembus ke tempat bertugas.
Nasip baik kumpulan kami ramai, berkat setiakawan sejawat saya bersama boleh juga tumpang mengekori motokar dan motosikal dari belakang, kami pulang sebelah petang terpaksa meredah laluan sempit dengan melalui jalan alternatif di kawasan ladang kelapa sawit, entah saya pun terlupa nama kampung kecil itu kerana menempoh halangan paras air banjir sebelah petang semakin naik.
Namun syukur juga situasi hujan turun agak sekali-sekala berhenti, seolah ia mengizinkan kami pergi balik saban hari ke tempat bertugas, betapa seronok pulang dan dapat pula tinggal 'homestay'. Terbayang keriangan raut wajah rakan dapat menemui ibubapa serta keluarga terdekat masing-masing di laman sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan