KAFA Kuarters JKR Kg Gersik telah dinobatkan sebagai kelas cemerlang 2010 yang diumumkan pada Majlis Khatam Al Quran peringkat W.P.Labuan yang diadakan di Ruang Masjid Annur bandar, W.P.Labuan pada 11 Disember lalu.
Tenaga pengajarnya, Puan Hasnah Hj Saprah pastinya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam (JAWI) W.P.Labuan setelah kelasnya diisytiharkan sebagai kelas cemerlang.
Kejayaan ini adalah berkat usaha semua pihak dan komitmen ibubapa yang menggalakkan anak-anak mereka belajar dan ingin mendalami pendidikan agama, selain belajar di sekolah-sekolah Rendah Kebangsaan dan Agama.
Majlis tersebut yang dihadiri beberapa buah kelas KAFA terdapat di Labuan yang turut dihadiri guru-guru dan ibu bapa pelajar.
Putera dan puteri bungsu saya pun sudah Khatam Al Quran pada majlis ini. Patut bersyukur kerana keduanya terbuka hati dan minda untuk belajar agar menjadi insani yang berilmu. Teks oleh: Sarawallieh@
Tiada ulasan:
Catat Ulasan