Isnin, 14 November 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan SK Pekan Satu, W.P.Labuan 2011

PENGIKTIRAFAN pihak sekolah memberi hadiah prestasi cemerlang kepada para pelajar yang mencapai keputusan terbaik dalam pelajaran dan ko-kurikulum pada setiap tahun, sebagai galakan dan suntikan semangat kepada murid-murid untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan lebih tekun lagi.

Dalam usia muda Iza Faiqah Sarawalih, 11, adalah satunya di antara 60 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Satu, W.P.Labuan yang berjaya menerima sijil penghargaan dan trofi pada Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2011 yang berlangsung di Dewan CUN, pada 13 November 2011, Ahad mulai jam 8.00 pagi.

Iza Faiqah atau nama timangannya Bibie, anak bungsu pasangan Sarawalih Haji Asrin dan Rambani Haji Muin satunya penerima anugerah subjek Bahasa Melayu Dua Terbaik Tahun 5 Luna ini akan berhasrat untuk berusaha mempertingkatkan lagi pencapaian dalam mata-mata pelajaran Bahasa Melayu Satu, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Kami sekeluarga sangat mengharapkan Iza Faiqah akan berusaha gigih lagi jika mahu mengikut jejak abang dan kakaknya, Hisafwan dan Nadzirah yang pernah menerima anugerah yang sama sewaktu di bangku sekolah rendah dahulu.

Iza yang juga dilantik Ketua Kebersihan sejak belajar di tahap dua itu menjadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat bila menduduki Kelas Tahun 6 musim depan.

Dia juga harus mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari guru dan tiusyen untuk persiapan diri menempuh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum melangkah di sekolah menengah nanti.

Sementara itu, pada ujian akhir tahun ini Iza sekadar ditempat ke-8 daripada lebih 40 murid di Kelas 5 Luna itu tidak luntur semangat untuk meneruskan pembelajaran, di samping mengulangkajinya di rumah dan di Perpustakaan.

Selaku top ten di kelasnya Iza penuh yakin dan menaruh harapan ibubapa dan abang kakak mencapai keputusan terbaik di masa hadapan.
IZA Faiqah sewaktu terima sijil penghargaan drpd Guru Besar SK Pekan 1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan