Utusan Borneo, Jumaat 19 Apr 2013
LABUAN; Segala janji yang telah ditepati oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah mengikut kumpulan sasar dengan cukup berkesan.
Menteri Wilayah
Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal
Abidin, berkata segala apa yang telah dilakukan ini adalah baik dari segi
pengorbanan masa, tenaga selain mengutamakan keperluan rakyat.
Nong Chik berucap merasmikan penyerahan dana dan bantuan ehsan itu.
“Janji
ini merupakan perjuangan berterusan kerajaan sejak Merdeka lagi untuk
membuktikan BN adalah parti yang kuat kerja, bukan banyak cakap”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyerahan geran bantuan tahunan
kepada persatuan-persatuan sukan di W.P.Labuan, bertempat di Hotel Tiara di
sini tengah hari Rabu lalu.
Raja Nong
Chik berkata, tanpa semangat kerja kuat ini sudah pasti majlis bersama warga
Labuan tidak akan diadakan.
Nong Chik menyerahkan dana RM8,000 kepada Pemangku SU Persatuan Sepak Takraw WP Labuan (PSTWPL), Sarawallieh Hj Ashrin.
Sehubungan itu katanya, BN adalah parti yang harus dipilih untuk memerintah lima tahun supaya rakyat dapat menikmati lebih banyak pembangunan dan kemajuan di sini.
Pada majlis itu, Nong Chik telah menyerahkan bantuan dalam bentuk geran kepada beberapa persatuan sukan di sini sebagfai galakan dari kementeriannya dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan ke arah peningkatan kecemerlangan dan mutu sukan di Wilayah Persekutuan.
Beliau turut menyarankan geran itu digunakan sebagai dana tambahan kepada semua persatuan sukan supaya dapat ditadbir dengan sebaiknya untuk jenis sukan yang diutamakan seperti sukan berprestasi tinggi yang disasarkan dalam Sukan Malaysia (Sukma).
Beliau turut menyarankan geran itu digunakan sebagai dana tambahan kepada semua persatuan sukan supaya dapat ditadbir dengan sebaiknya untuk jenis sukan yang diutamakan seperti sukan berprestasi tinggi yang disasarkan dalam Sukan Malaysia (Sukma).
"Kita
akan menghadapi temasya Sukma 2013 yang dijangka berlangsung di Kuala Lumpur
pada 26 Jun hingga 7 Julai dan pasti segala keperluan penganjuran sukan itu
sedang giat dijalankan termasuk penyediaan atlet-atlet", katanya.
Katanya,
pemilihan para atlet mewakili Wilayah Persekutuan ke Sukma dibuat berdasarkan sistem merit.
Majlis itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar, Dato’ Adnan Hj Mohd Ikhsan serta dua timbalannya (Perancangan dan
Pembangunan), Dato’ Mohd Jamal Mahussin dan (Kesejahteraan Bandar dan
Pengurusan), Datuk Hashim Hj Ismail.
Hadir sama ialah
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dato’ Zainul Abidin Abdullah, Ahli
Dewan Negara Senator Datuk Yunus Hj Kurus, Pengarah Majlis Sukan Wilayah
Persekutuan, Mohd Hamidi Abu Bakar. – Oleh Sarawallieh Hj. Ashrin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan