Khamis, 25 April 2013

Laluan mudah untuk menang bagi calon BN Labuan

LABUAN;  Calon Barisan Nasional (BN) P.166 Labuan, Rozman Isli, 48, diramal mempunyai laluan mudah untuk memenangi sekali lagi kerusi kawasan parlimen itu pada PRU-13 ini apabila pertindihan dua calon pencabarnya dari gabungan Pakatan Rakyat tidak mahu bertolak ansur malahan mahu bertanding.

Belumpun tiba hari pencalonan pada 20 April lalu, calon PKR Ibrahim Menudin, dan PAS Hadnan Mohamad, sudah menampakkan tidak ada kesepakatan di antara dua wakil parti yang kononnya mahu bergabung itu.

Calon PKR Ibarhim Menudin pula, pertama kali muncul pada musim PRU ini dan mengakui dirinya berasal dari Kampung Nagalang di sini, juga akan bertanding di DUN Bongawan tetapi diketahui dia mengundi di tempat lain.

Pada umumnya calon PKR itu baru muncul ketika musim pilihanraya namun tidak pernah menunjukkan diri pada mana-mana program kemasyarakatan dan apatah lagi turun padang menemui para penduduk WP Labuan sebelum ini.

Berbanding dengan calon BN Labuan, Rozman Isli yang juga Setiausaha Agung UMNO Labuan yang kerap hadir pada aktiviti masyarakat dan kesukanan di sini adalah mewarisi ayahnya Datuk Isli Hj Siput yang pernah menyandang Ahli Dewan Negara (Senator).

Menyorot kepada calon PKR itu juga dianggap sebagai kacau undi dan tamak kerana pada PRU-13 ini dia juga turut mencuba nasip bertanding untuk DUN Bongawan.

Difahamkan sebelum penamaan calon dibuat baru-baru ini di antara dua calon PKR dan PAS itu masing-masing tidak mahu bertolak ansur dan berpakat, lantas masing-masing mengambil keputusan tetap akan bertanding juga di Parlimen Labuan.

Menurut sumber yang diperolehi, beranggapan calon pembangkang kawasan parlimen Labuan adalah kota PAS sahaja.

Bagaimanakah dasar tiga parti yang kononnya ingin bergabung sebagai Pakatan Rakyat, sedangkan antara mereka tidak sependapat dan tidak sefahaman.

Mengikut sumber itu lagi, calon PAS sekarang sudah menarik diri dan tidak lagi bertanding pada 5 Mei ini, malahan calon dan penyokong mereka kini dengan sebulat suara memberi sokongan jitu kepada calon PKR untuk menentang BN.

Ini sudah pasti menjadi isu hangat dalam kempen yang diraskan tidak elok didengar oleh rakyat. Malah ianya memborokkan lagi meruah ahli pembangkang yang tidak punya pendirian tetap.

Kepimpinan PAS di sini mengambil keputusan setuju untuk memberi sokongan padu kepada calon PKR semata-mata kononnya untuk menarik perhatian pengundi Cina dan bangsa lain di Labuan.

Sememangnya semenjak dahulu lagi siapa saja calon PAS di Labuan memang tidak ada sokongan dan gagal menawan hati pengundi.

Berbanding dengan muka calon BN yang ditampilkan di Labuan ini siapa saja pasti menang mudah sekali gus kawasan ini antara satunya kekuatan BN sejak dahulu lagi.

Setelah calon PAS Labuan mengundur diri, bermakna kawasan parlimen Labuan mencipta sejarah pada PRU-13 ini dengan pertandingan dua penjuru di antara calon BN dan PKR pada 5 Mei ini nanti.

Pada PRU-12 tahun 2008 lalu kerusi Labuan dimenangi selesa oleh Datuk Yusoff Mahal dengan majoriti 8,457 undi. Labuan kini mempunyai 24,457 pengundi berdaftar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan