KHABAR DARI PULAU
Informasi dilakar jejari kidal, sila temui URL http://sarawalieh.blogspot.com
Jumaat, 28 Ogos 2015
Isnin, 17 Ogos 2015
Tuan Rumah Labuan A juara Beliawanis Terbuka Labuan 2015
LABUAN:
Regu tuan rumah Labuan A yang menyerlah selaku naib johan peringkat Kebangsaan di
Kuantan Mac lalu berjaya mencipta kemenangan pertama kali di hadapan
penyokong sendiri apabila dinobatkan juara pada Kejohanan Sepaktakraw Antara
Regu Beliawanis Terbuka Wilayah Persekutuan Labuan 2015, di sini baru-baru ini.
Di peringkat akhir regu Labuan A
berjaya menebus kekalahan di pusingan awal bertemu regu yang sama, Jalan-jalan
Cari Makan A (JJCM) dari Sabah dalam permainan yang mengambil masa 50 minit dengan
mata kemenangan ‘straight set’ 21-15, 21-11 yang berlangsung di Dewan Kompleks
Sukan Labuan.
Labuan A yang dibimbing jurulatih
tempatan, Abidin Ahmad itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 serta
sijil-sijil penghargaan disampaikan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hj Yunus
Hj Kurus yang juga merangkap Penaung Persatuan Sepaktakraw WP Labuan (PSTWPL).
Kejohanan tersebut yang
julungkali diadakan di sini anjuran bersama Majlis Sukan Labuan (MSL), Majlis
Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan PSTWPL.
Terdahulu itu, cabaran regu
Labuan A begitu sengit dan mendebarkan ketika pertama membawa masuk pemain apit
kiri Kebangsaan, Nur Azira Suhaimi bermain diposisi Tekong, digandingkan dengan
Norhayati Baharudin (Apit Kanan) dan Nurul Elyna Zulkiflee (Apit Kiri) dan
meletakkan Nurul Hamizan Rahmani sebagai tekong simpanan untuk menewaskan
Terengganu C di peringkat separuh akhir.
Ketika aksi dalam Kumpula D regu
JJCM A yang dikemudikan pemain apit kiri Kebangsaan, Razmah Anam, Nurfateha
Roslli (Apit Kanan) dan Nurfaezatun Masri (Tekong) membenamkan regu Labuan A
itu menerusi ‘straight set’ 21-14, 21-17.
Sementara itu, JJCM B tidak
bermain di peringkat separuh akhir kedua bagi memberi laluan rehat panjang
kepada JJCM A untuk beraksi di perlawanan akhir.
Terdahulu itu, regu JJCM B
berjaya menumpaskan Terengganu C melalui permainan ‘straight set’ dengan mata
21-19, 21-16 bagi penentuan tempaat ketiga dan keempat.
Naib johan JJCM A dan JJCM B di
tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM1,500 dan RM1,000 dan
sijil-sijil penghargaan. Regu Terengganu C sekadar jatuh tempat keempat
menerima hamper-hamper dan sijil-sijil penghargaan.
Majlis penyampaian hadiah
dilakukan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Hj Yunus Hj Kurus yang juga
selaku Penaung PSTWPL.
Turut hadir menyaksikan
perlawanan akhir Pengarah MSL, Mohammad Khairul Yakop, Presiden PSTWPL Tarmizi
Hj Isa, Pengurus pasukan Terengganu Wan Sulaiman Wan Su dan Pengurus JJCM Awang
Ibrahim.
Sebanyak 12 pasukan mengambil
bahagian termasuk 4 regu dari Terengganu, Sabah diwakili 5 regu JJCM, Astaka
Nabawan, Astaka Sandakan dan 3 regu tuan rumah WP Labuan.
Berucap merasmikan penutup
kejohanan tersebut, Senator Datuk Hj Yunus menyokong penuh usaha murni yang
dilakukan persatuan sukan ini untuk membawa Kejohanan Sepaktakraw Beliawanis
Terbuka Kebangsaan yang pertama kalinya ke Labuan.
Katanya, kejohanan ini pada dasarnya sebagai menguji kemantapan pasukan-pasukan yang bertanding dan asas pemilihan para pemain untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA 2016) di Sarawak.
Tugasan Sukan BIMP-EAGA 2014 ke VIII Labuan
Kerja di Sekretariat Wisma Perbadanan Labuan sewaktu Temasya Sukan BIMP-EAGA 2014 ke-8 ketika WP Labuan diberi penghormatan buat pertama kali menganjur temasya dua tahun sekali itu.
Sepaktakraw LiSUS 2015 Terbuka 4 Daerah
Setelah menghadiri mesyuarat Kejohanan Sepaktakraw Liga Sukan Utk Semua (LiSUS) 2015 di Pejabat JBS WP Labuan 3.00 ptg tadi dgn dipengerusikan oleh Pengarahnya En Zaini Aziz dgn dihadiri 4 persatuan sukan terbabit di dlm penganjuran tersebut. Termasuklah Sepaktakraw (Lelaki sahaja) pd 30-31 Ogos; Futsal (Lelaki/Wanita) 29-31 Ogos; Bola jaring (Wanita) pd 12-13 Sept; dan Bolatampar (Lelaki/Wanita) pd 12-13 Sept.
Mesyuarat bersetuju bagi acara regu sepaktakraw terbuka daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Menumbok dan tuan rumah WP Labuan.
Mesyuarat juga mengambil keputusan, setiap regu menyenaraikan 4 pemain sahaja. Hanya seorang pemain negeri atau bekas pemain negeri sejak 2013-2015 disenaraikan di dlm setiap regu. Regu tidak dibenarkan membawa pemain dari daerah lain di Sabah atau Sarawak atau mengimport pemain dari luar.
Yuran masuk RM40 Satu regu (4 pemain sahaja/Sekurangnya 3 pemain).
Hadiah - Johan RM800, Naib Johan RM500, Ketiga RM300. Tiada disediakan utk pemenang ke4. Tetapi akan cuba diusahakan. Biarpun tidak disebutkan di dlm syarat/peraturan pertandingan.
Borang penyertaan, syarat-syarat dan peraturan am pertandingan utk kejohanan ini akan dikeluarkan dlm sehari dua lagi. Harap maklum.
Sabtu, 10 Januari 2015
Selasa, 6 Januari 2015
Isnin, 5 Januari 2015
Sulawesi Selatan mendominasi sepak takraw Sukan BIMP-EAGA 2014
LABUAN;
Lagu Kebangsaan Indonesia berkumandang empat kali di Dewan JS Sports
Centre Labuan apabila kontinjen lelaki dan wanita Sulawesi Selatan berjaya
mendominasikan acara sepaktakraw dengan menyapu bersih 4 pingat emas pada Temasya
Sukan Persahabatan edisi ke-8 BIMP-EAGA 2014 di Wilayah Persekutuan Labuan yang
berakhir pada petang hari Selasa lalu.
Pada hari
pertama pasangan regu berdua wanita Sulawesi Selatan yang diwakili Astrina dan
Andi Misrawati Lewa yang merangkul kilauan emas pertama menewaskan regu double
Sabah diwakili Razmah Anam dan Kamisah Khamis untuk menyandang pingat perak di
dalam pertandingan yang dijalankan secara round-robin satu kumpulan.
Dewan baharu JS
Sports Centre, Kampung Segumau yang menjadi tumpuan para peminat sepaktakraw
turut menyaksikan dua regu regu double wanita tuan rumah, Labuan A dan Labuan B
berkongsi pingat gangsa.
Sabah juga gagal
dalam acara sepaktakraw kategori double lelaki bagi penentuan pingat emas dan
perak apabila pasangan Mohd Radzi Awang dan Mohd Khaherul Kahirun tumpas
ditangan pasangan Sulawesi Selatan, Marsudi Sirajuddin dan Muhammad Hardiansyah
melalui ‘rubber game’ 2-1 (16-21, 21-15, 21-18) di peringkat akhir.
Manakala regu
berdua lelaki tuan rumah, Labuan A dan Palawan, Filipina sekadar berkongsi ditempat
ketiga membawa pingat gangsa.
Pada hari kedua
bermula acara regu trio yang menjadi idaman ramai penonton menyaksikan sekali
lagi kontinjen Sulawesi Selatan berjaya mempertahankan pingat emas yang
diperoleh di Filipina 2012.
Kombinasi rangkaian
regu wanita Cahya Pertama Fahrani (tekong), Astriana (apit kiri) dan Andi
Misrawati Lewa (apit kanan) serta Iin Budiyati Budiman (simpanan) memenangi
semua empat perlawanan untuk mengutip 8 mata penuh untuk muncul pingat emas.
Trio wanita Sabah
yang diwakili Nurfaezahtun Masri (tekong), Nurfateha Rosli (apit kiri),
Nurfaezahahni Masri (apit kanan) serta Alice Harun dan Elizah Blanda @Bahari
mengumpul 6 mata untuk meraih pingat perak.
Regu trio wanita
Labuan A dan Palawan diumumkan berkongsi pingat gangsa.
Regu sepaktakraw
lelaki Sulawesi Selatan sekali lagi mempertahankan pingat emas di Filipina pada
2012 dengan mudah menewaskan regu Mindanao menerusi ‘straight set’ (2-0) 21-6,
21-8 di peringkat akhir.
Terdahulu itu, regu
Sulawesi Selatan yang dikemudikan Marsudi Sirajuddin (tekong), Rahmat Hidayat
(apit kiri) dan Dahril Arisandi (apit kanan) menampah tiket ke final setelah
berjaya mengalahkan Labuan A menerusi ‘straight set’ 21-14, 21-15 di separuh
akhir.
Manakala regu
Minadano yang diwakili Lemuel Ilogon (tekong), Arnold Anramig (apit kiri)
Alexis Gerald (apit kanan) layak ke perlawanan akhir setelah menundukkan Brunei
Darussalam juga ‘straight set’ 21-19, 21-19.
Regu trio Brunei
Ds dan Labuan A yang kecundang separuh akhir diisytiharkan berkongsi pingat gangsa.
Kemuncak acara
sepaktakraw dengan upacara penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang
dilakukan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Hj Isli dan Timbalan
Presiden UMNO Labuan, Datuk Bashir Hj Alias.
Kontinjen Sabah
Di Bawah Bayu muncul sebagai juara keseluruhan dengan memperoleh 14 emas, 13
perak dan 15 gangsa. Manakala Sulawesi Selatan ditempat kedua membawa pulang 10
emas, 5 perak dan 4 gangsa.
Tempat ketiga
Sarawak memiliki 8 emas, 10 perak dan 9 gangsa. Sementara Papua dengan 7 emas,
2 perak dan 3 gangsa. Kalimantan Timur yang bakal menjadi tuan rumah temasya
Sukan BIMP-EAGA ke-9 di Samarinda pada 2016 membawa pulang 6 emas, 5 perak dan
4 gangsa.
WP Labuan selaku
tuan rumah buat pertama kali dalam sejarah temasya tersebut mendapat 5 emas, 10
perak dan 20 gangsa.
Kalimantan Barat
memperoleh 5 emas, 4 perak dan 2 gangsa, manakala Kalimantan Selatan dengan 4
emas, satu perak dan satu gangsa. Brunei Ds mendapat 3 emas, 8 perak dan 4
gangsa.
Mindanao pula
mendapat 3 emas, 6 perak dan 4 gangsa. Sementara Maluku masing-masing 2 emas, 2
perak dan 2 gangsa. Manakala Palawan menyumbangkan 2 pingat gangsa dari acara
sepaktakraw.
Sebanyak 12
kontinjen mengambil bahagian pada temasya Sukan Kawasan Pertumbuhan Ekonomi
Asia Timur ke-8 (BIMP-EAGA 2014).
Upacara penutup
temasya sukan itu pada malam Rabu lalu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan
Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan. – Oleh Sarawallieh Hj. Ashrin.
Langgan:
Catatan (Atom)