Rabu, 29 September 2010

Cerita tentang penulis

SALAM hormat! Coretan ini mengimbas sejenak langkah permulaan dan pengalaman awal ketika berjinak-jinak dalam bidang  kewartawanan yang diterjuni. Tidak keberatan sekiranya saya mencoretkan penglibatan saya sebagai wartawan atau penulis sambilan. Dengan berbakalkan kekuatan hati menatap akhbar semata-mata ingin mengetahui perkembangan dunia dan peristewa tempatan di sana-sini. Sememangnya tidak menjadi kerugian jikalau berbelanja dengan suratkhabar, malahan memperbanyakkan membaca kita jadi kaya ilmu pengetahuan. Sambil mengikuti perkembangan semasa dunia menerusi persuratkhabaran kita dapat mengasah bakat berkarya dalam apa genre penulisan sekalipun. Akhirnya niat menjadi penulis sambilan tercapai biarpun tidak setaraf dengan penulis yang sudah establish dan lebih prolifik.

Langkah pertama sejak menuntut di sekolah menengah tingkatan tiga lagi cuba untuk membuat artikel berita di akhbar, tidak segan jemu dan tanpa tunjuk ajar sesiapapun. Apatah lagi untuk mengikuti sebarang kursus kewartawan. Namun akhbar tetap menjadi idaman dan santapan dimasa kesepian. Untuk menjadi penulis seharusnya memiliki kebolehan, bakat menulis dan berjaya menguasai tata bahasa yang cukup baik serta paling penting minat menulis.

Dulu tidak terlintas difikiran menjadi penulis, cuma belajar mengarang dengan memiliki suratkbabar semata-mata untuk memperkayakan pembacaan. Sesuai pada ketika itu masih menuntut dan pantang sekali akhbar terlepas ditangan saban hari. Dulunya memang sukar diperolehi di Kuala Penyu, kecuali pergi ke pekan Beaufort destinasi terdekat mendapatkan akhbar.

Sebagai penggemar akhbar dan menjadi penulis ikutan, pada mulanya saya menulis sebarang kegiatan persatuan dan badan sukarela yang terdapat di laman sendiri dan tempat lain. Situasi sibuk setelah tamat zaman persekolahan, ketika itu berada dil aman kelahiran juga dilihat aktiviti membawa banyak perubahan, pengalaman dengan menyertai kegiatan kemasyarakatan setempat dan jauh sekali untuk berganjak dari laman, tiada niat untuk berdekari dan merantau ke bandar.

Usaha yang gigih mempergiatkan program dan projek persatuan SANYA, JKKK, Belia USIA, PIBG dan lainya menjadi rangsangan dan ianya seolah mengajar individu berfikir. Hati ini sudah melekat di laman sebagai digelar memimpin badan NGO di laman ketika itu dengan menyandang beberapa badan NGOs yang seumpama cendawan tumbuh di musim hujan. Sememangnya banyak bahan artikel bagai pisang goreng, tak keruan lagi menambat hati terus menulis ke akhbar. Ketika itu saya menganggotai Gabungan Penulis-penulis Sedar (GAPURA) di Kuala Penyu, setelah bakat penulisan mula diketahui umum.

Menceritakan bidang kewartawanan ini, tambah seronok kalau artikel dan rencana terbit di akhbar. Ianya mendorong semangat untuk terus menulis, walaupun ada ketikanya tulisan itu tidak disiarkan. Mungkin fakta kurang lengkap, tidak sampai ke pihak editor, tercicir dan hilang, tetapi tak usah patah semangat dan berusaha lagi memperbaiki kelemahan dan memelihara tulisan yang berkualiti.

Sesudah meninggalkan kampung laman lalu terpanggil hati untuk pergi ke ibukota dan akhirnya terdampar di Pulau Labuan sehingga kini. Terlalu banyak direnungi pengalaman ini, rezeki pastinya ada dimana-mana. Mungkin tertulis nama saya akhirnya melekat sebati jiwa di Labuan sejak 3 Januari 1981 lagi bertugas di jabatan kerajaan dimana salang beberapa tahun lagi pulau ini diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984.  Bidang penulisan semakin terus gigih dan perjuangan yang tak sias-sia itu terbabit pula mengasasi Persatuan Penulis-penulis W.P.Labuan (PERWILA) yang dilahirkan penubuhannya 18 Mei 1985-1995 (Satu dekad lamanya).

Tugasan wartawan sekarang memang mudah, senang dan pantas sangat berbanding dahulunya membuat laporan berita di suratkhabar. Ianya sesuai dengan perkembangan masakini. Sekarang artikel juga boleh dihantar cepat melalui email beserta gambar, selain menghantar dengan faks ke pihak editor. Tidak sepertimana dulu menggunakan mesin taip, kemdian dihantar secara pos. Kadang kalau rajin terpanggil juga saya menghantar artikel di akhbar popular kini Utusan Borneo sebagai meneruskan hobi menulis. Kebanyakkan berita yang saya laporkan tentang informasi sukan sebab lebih mudah dibuat. Lagipun senang kita jumpa di tepi jalan dan paling bestnya kita dapat bergaul mesra dengan masyarakat ramai.

Pertama kali perolehi permit menjadi wartawan sambilan akhbar sewaktu kunjungan ke Sabah Times press dan menemui rakan yang asalnya juga dari Kuala Penyu. Berkat tunjuk ajar daripada rakan di bahagian press dan menemui editor sdr Emin Madi, saya dinasihatkan membuat permohonan personal apply form for Press Accreditation Card atau Kad Pengakuan Akhbar saya No.321 serta dgn 3 keping foto saiz paspot disokong oleh editor Emin Madi untuk mendapat kelulusan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu. Kemestiannya kad pengakuan ini wajib diperbaharui pada setiap setahun.

Langkah pertama sewajarnya wartawan kena berusaha, tekun dan rajin mencari bahan berita untuk akhbar. Sambil berjalan-jalan cari makan kata orang ada kerja part time, di samping tugasan utama di jabatan kerajaan. Dahulunya kerja sebagai wartawan sambilan di Sabah Times pun boleh hidup, menulis artikel berita berbayar di akhbar dan majalah lain.

Kerjaya ini sentiasa banyak cabaran ditempohi, terkadang ada salah silapnya, usaha mencari bahan, memperlu banyak idea dan menyiapkan laporan dan sebagainya. Dahulunya hasil tulisan pasti ada hasilnya, tak sia-sia penat lalah kerja yang dibuat kita dapat honorarium setiap bulan. Boleh dikatakan pendapatan berbaloi dengan kerja yang dibuat, tambah tekun dan rajin pula kita keluar mencari bahan berita. Beruntung pula kita jumpa ramai kenalan.


Kadang-kadang artikel tak payah lagi diposkan. Sanggup penulis pergi menghantar sendiri artikel berita yang sedia ditaip hantar jumpa editor. Bukan main seronoknya dapat bersua editor, penyunting dan ramai kenal wartawan di bahagian press. Sebagai wartawan sungguh segak kita serba lengkap, sama seperti wartawan yang sudah establish dan prolifik juga, saya pasti tidak kurangnya ada kamera, pita rakaman, buku nota dan sandang beg ke mana saja saya pergi.

Pernah saya membuat komentar atau kritikan membina dimuatkan dalam akhbar sebagai pengkritik katakan, saya biasanya menggunakan nama samaran SYAWALSENI dan nama saduran lain untuk tujuan bersembunyi.
Pernah menyertai Gabungan Penulis-penulis Sedar (GAPURA) Kuala Penyu sebelum berhijrah.

Setiba di Labuan bidang kewartawanan semakin subur dan terus diasah lagi tajam pena, tetapi ada ketikanya bertambung dengan kesibukkan saya dengan kesatuan lain yang disertai, seperti Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) Zon Labuan, Rekreasi, Kecergasan dan persatuan penulis. Sambil mahu menajamkan pena untuk menulis berita, saya juga mengambil menghasilkan karya kreatif dengan beberapa buah puisi untuk terbitan akhbar dan majalah. Sajak nukilan saya ada terkandung dalam antologi 'Puisi Dari pulau' terbitan sulung Persatuan Penulis-penulis W.P.Labuan (PERWILA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kini masih terus bergiat dalam menggerakkan sukan sepak takraw dan sesuai dengan meminati sukan tradisi ini sekali gus menerajui Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Labuan atau singkatnya PSTWPL. Berdasarkan pengalaman dan bakat juga kerap dijemput menjadi pengelola dan pengadilan setiap penganjuran tempatan Labuan dan Kuala Penyu, selain Karnival Sukan Kementerian Kesihatan, Temasya Sukan Petronas Zon Borneo 2010, Pesta Sukan Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia 2010, semuanya di antara Sabah, Sarawak dan Labuan termasuklah pengalaman menjadi Setiausaha pertandingan sekali gus pengadil ketika W.P.Labuan menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Anggota-anggota Kerajaan peringkat Se Malaysia 2003.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan