PERIGI yang dikenali 'Telaga Mas' terdapat di bawah Bukit Subandar berdekatan Kampung Kekapor, Kuala Penyu itu menarik perhatian saya untuk menulis. Perigi tersebut lokasinya agak jauh sedikit dilereng bukit berkenaan, tetapi mudah untuk dilawati kerana ia mempunyai laluan jalan kecil menuju ke puncak Bukit Subandar, satu-satunya bukit tertinggi di Kampung Kekapor dalam daerah Kuala Penyu.
Tidak pasti perigi ini ada individu menamakan 'Telaga Mas' dan siapa hamba Allah yang memberikan namanya sebegitu rupa. Mungkin juga ada orang tahu cerita lagenda perigi ini yang perlu dirungkai. Ada mungkin mereka yang terjumpa kilauan batu bersalutkan emas di tempat itu. Setakat rencana ini ditulis, saya belum bertemu pakcik saya atau bapa saya mungkin serba sedikit tahu cerita sebenar perigi itu sebab ia berlokasi di kawasan tanah sekeluarga.. Tunggulah nanti saya cuba rungkaikan.
Keajaibannya perigi Telaga Mas ini memiliki 'mata air' yang boleh mengeluarkan bekalan air tak terawat, kerana air yang muncul dari dalam tanah bukit dan tidak perlu ditapis lagi kerana air memang berkualiti, jernih dan dijamin selamat untuk diminum.
Perigi ini tambah dicantikkan lagi dengan binaan bersemen, sistem pam injap dibuat oleh pihak JKKK supaya ianya dapat digunakan mudah oleh para pengguna dengan selamat. Kebaikkannya perigi ini pula boleh menampung penduduk kawasan sekitar kampung apabila berlaku kemarau panjang berbulan-bulan lamanya.
Perigi yang dipanggil 'Telaga Mas' ini kebetulan terletak ditanah pusaka milik Asman Hj Asmat, ( ) merupakan pakcik saya dan beliau adalah adik kepada bapa saya Hj Asrin Hj Asmat, berusia 78 tahun selaku abang sulung kini menatap di kampung Mansud, Kuala Penyu.
Semenjak saya masih kecil lagi sewaktu ibu bapa saya bertani padi bukit dan mengusahakan ladang getah di Bukit Subandar ini lagi sememangnya perigi ini sudah aktif dan selagi saya dilahirkan ke dunia saya fikir sememangnya sudah wujud 'mata air' di bukit ini sejak berpuluhan tahun malah berabad lamanya, tetapi tidak dipelihara dengan sempurna dan barulah kini mendapat perhatian.
Dua keluarga selaku pengguna tetap yang berhampiran sememangnya tidak mendapat saluran paip kerajaan amat beruntung dengan wujudnya 'mata air' ajaib dari dalam bumi Tuhan ini dan mereka tidak menghadapi banyak masalah tentang bekalan air untuk memasak, mandi dan membasuh pakaian.
Menarik perhatian saya apabila pakcik saya Asman Hj Asmat, seorang tukang rumah dan pekebun mempunyai idea untuk mengenakan paip polly adalah amat sesuai disambung terus menyalur masuk ke rumah beliau yang tidak jauh dari perigi tersebut. Ianya sesuai dipasang saluran paip air kerana perigi itu di atas sedikit dan rumah beliau terletak di bawah bukit.
"Bersyukur kerana dipermudahkan keluarganya rasa nikmat bekalan air secara percuma, dengan hanya membeli kelengkapan saluran paip saja untuk menghubungkan antara perigi 'Telaga Mas' ke rumah beliau, tetapi ia harus dibayar kesyukuran kepada Illahi", menurut pakcik Asman dengan nada yang lembut.
Lain pula ceritanya dengan jiran pakcik Asman, anak buahnya yang juga adik saya Anipin Hj Asrin, ( ) yang baru tinggal di rumah baru dilereng Bukit Subandar itu menceritakan rumah yang binaannya sama paras dengan perigi, terpaksa ulang alik mengguna timba (gayung) dan menginjap pam terus dari perigi untuk mengambil bekalan air minum, mandi dan mencuci pakaian dari perigi berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan