TANGGAL 11 Oktober 2010 merupakan hari terakhir saya bertugas di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Bekalan Air (JBA) W.P.Labuan setelah lebih 18 tahun diberi mandat melaksanakan tugas kerani fail. Tugas yang sinonim dibuat semanjak berada di pejabat dahulunya Jabatan Kerja Raya (JKR) lagi, sebelum bertukar Jabatan Bekalan Air (JBA) sehingga sekarang. Satu tempoh kerja paling lama pernah saya diberi tanggungjawabkan, berbanding dengan tugas hakiki saya di loji rawatan air.
Sedari 1 Mac 1992 mula melangkah masuk pejabat bagi saya memulakan tugas di JKR yang dahulunya disebut Unit Bekalan Air. Begitu jauh bezanya kerja dipenematan baru sekarang di loji berbanding dengan tugas di pejabat yang saya tanggungi selama ini. Apa yang saya anggapkan tugas pejabat membawa sejuta kenangan untuk ditinggalkan. Tiada sesiapa mungkin dapat menilainya, melainkan hanya Tuhan yang mengetahui segala apa yang telah berlaku dan dipikul selama 18 tahun 7 bulan 10 hari itu.
Pemergian saya untuk kembali ke tempat asal sebagai satu pendorong semangat untuk menimba ilmu pengetahuan dalam kerjaya hidup sebelum bersara, tugas yang sememangnya pernah dilakukan sewaktu menerima tawaran kerja lagi. Tugasan kali ini begitu merubah kehidupan saya, berbanding dengan tugas dahulunya agak kurang mencabar. Tugas hakiki di loji rawatan air sekarang semakin bertambah banyak, tidak perlu saya bentangkan satu persatunya di sini. Saya pula bagai orang baru di loji, agak sedikit janggal, memang lama tidak melakukan kerja seperti itu. Banyak kerja pernah dibuat sudah lupa. Tambahan pula serba kemudahan di loji ini dengan pelbagai kompenin dan peralatan baru ditempatkan.
Melalui kesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak admin kerana memberi peluang terbaik dalam kerjaya hidup ini. Bukan semudahnya untuk pergi ke puncak, satu-satunya pengalaman bidang kerja sistem perfailan (filling system) dengan tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta banyak menggunakan idea sendiri. Terkadangnya terpaksa menanggung dua tugas sekali gus juga sebagai perantara telefon. Tidak semua orang sanggup memikul tugas sebegitu lama, lebih-lebih lagi mengendalikan sepenuhnya penyenggaraan fail. Apatah lagi diri saya bukan penyandang sebenar tugas 'filling'.
Saya amat berhutang budi kepada mantan boss lama saya ketika itu, Rashidi Othman yang memberi peluang saya duduk pejabat sejak dalam JKR lagi. Setelah dia menamatkan perkhidmatan kerajaan, khidmat beliau juga masih terus memangku pengurusan operasi loji swasta Labuan Water Supply kemudiannya Encorp Utilities di Beaufort yang mana membekalkan air bersih ke Labuan masakini. Namun saya juga terus kekal di pejabat sehingga lahirnya Jabatan Bekalan Air di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berpejabat di Wisma Wong Wo Lo, Labuan sementara menunggu siap pembinaan pejabat JBAL, dijangka siap selewatnya tahun depan (2011).
Kehadiran pertama saya pada pagi 12 Oktober 2010 ke loji rawatan air Jalan Kolam, W.P.Labuan mendapat reaksi positif dan disambut ceria ramai rakan sejawat dan mereka yang lain ditugaskan di situ dengan jabat tangan, ucap salam dan Selamat Datang kepada saya. Kelihatan semua tugas di loji nampak semakin mencabar, terlalu banyak tugas ingin dirungkai dan mahu dikenali. Tidak keterlaluan saya katakan operasi loji kini sudah bertambah besar, tidak seperti di era 80an dan 90an dahulu, operasi loji sekarang mempunyai serba kemudahan canggih.
Sesuai dengan pembangunan Labuan masakini sistem operasi loji rawatan air memerlukan tenaga kerja yang ramai dan anggota yang boleh memainkan peranan tertentu. Tidak cukup dengan dua buah loji yang sedia ada terdapat di Jalan Kolam dan Sungai Pagar yang terus beroperasi. Ditambah pula dengan pembinaan dua buah loji rawatan air di Kg Lawa, Gadong, Beaufort yang membekalkan air berkapasiti tiga perempat dari tanah besar Sabah ke Pulau Labuan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan