Barisan penerima APC 2010 KeTTHA di Auditorium E Putrajaya
LABUAN: 10 penerima APC 2010, serta masing-masing seorang penerima Anugerah KSU dan Warga Mithali dari JBAL menerima sjil penghargaan dan wang ringgit di Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun lalu di Auditorium Parcel E, KeTTHA Putrajaya pada 24 Mei 2011 (Selasa) ini.
Mereka diketuai Penolong Akauntan Siti Fatimah Hj Kasnaini (sudah bertukar), Siti Faridah Bandar, Hjh Dayang Hj Kadir (Pembantu Tadbir N22) juga keduanya sudah bertukar ke jabatan lain.
Juruteknik J22 Azamy Husin, penjawat Tukang K3 Mohd Kassim Hj Jalil dan Lichard Charli @Chali, Sarawalih Hj Asrin (PAK R6), Ragayah Mohd Noor, Salmah Hj Salleh dan Suzanah Abdullah semuanya Pembantu Tadbir N17.
Dua lagi iaitu penerima Anugerah Ketua Setiausaha (KSU), Jailis Talib (Pemandu Kenderaan R3) dan Mat Daud Hj Mohamad (PAK R6) terpilih sebagai penerima Warga Mithali musim 2010.
Bakal penerima APC menerima hadiah wang sebanyak RM1,000, Anugerah KSU menerima RM500 dan Warga Mithali pula menerima RM300 yang akan dimasukkan ke akaun peribadi.
LICHARD CHARLI @CHALI (APC 2010)
RAGAYAH MOHD NOOR (APC 2010)
SITI FARIDAH BANDAR (APC 2010)
MOHD KASSIM HJ JALIL (APC 2010)
JAILIS TALIB (Anugerah KSU)
MAT DAUD HJ MOHAMAD (Warga Mithali)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan