Sabtu, 21 Mei 2011

Kawalan bola masalah utama pemain sepak takraw

KAWALAN bola adalah masalah paling utama terjadi kepada kalangan pemain sepak takraw. Jadi untuk memahirkan kawalan bola terutamanya menerima bola deras, memerlukan latihan secukupnya. Perlu dipraktikkan oleh pemain jika mahu menjadi pemain yang baik. Setiap pemain perlunya mengawal bola yang diterima dari pihak lawan, terutama bagaimana menyelamatkan bola servis tekong dan rejaman pihak lawan.

Kedua, sebaiknya regu itu memiliki tekong yang mempunyai servis tajam dan berkemahiran serta fizikal tinggi, kalau boleh pemain yang mempunyai sepakan kuda.

Selain itu, perejam atau apit kanan (killer) yang mahir dan serba berkebolehan. Di samping itu apit kiri (fidder) perlu punya berkemahiran dan kreatif permainannya.

Trio regu yang disatukan bermain hendaklah mempunyai persefahaman dan tahu merancang taktik permainan pasukan sendiri dan ambil tahu rentak permainan pihak lawan.

Perlu diingatkan paling pentingnya pemain dan pasukan mempunyai aku janji dengan disiplin diri diutamakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan