Sabtu, 2 Julai 2011

Santai d'Pekan Menumbok


Menumbok begitu comel wajahmu
ketika aku melangkah masuk
Dewan Awang Samaun jadi arena
watak tok hakim pula disandang
di sini lahir anak-anak komuniti
tangkas kaki bermain sepak takraw
terus hidupkan budaya warisan
umpama tombak dan keris disandang
bagai bangkitnya trio bersama
Awang Samaun, Pak Musa dan Shah Bandar Makang
yang punya alkisah tersendiri.


Ilustrasi; syawalseni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan