KEBETULAN kali pertama bersua dengan atlet sensasi Sabah yang menjadi pemenang pertama acara Lelaki Dewasa Terbuka 8km, Guainus Salagan (dalam gambar) bersempena Larian Labuan FSA 2011 di Dataran Labuan pada pagi, Sabtu 25 Jun lalu. Bagaimanapun isterinya, Cona Liaw sekadar merangkul di tempat ketiga bagi acara Wanita Dewasa Terbuka dalam jarak yang sama.
Ketika itulah seawal 7.00 pagi merupakan hari sibuk saya menghadapi tugasan 'check point' untuk kira-kira 2,000 peserta Larian Tahunan Labuan FSA 2011 (Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan) di Padang Dataran Labuan, sehingga tamat Majlis Penyampaian Hadiah jam 10.30 pagi.
Setelah itu saya bersama rakan pengadil Abidin Ahmad berlepas pula ke Menumbok, Sabah dengan menaiki speed boat bagi undangan Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Menumbok. Berlangsung 2 hari di Dewan Awang Samaun pada 25-26 Jun 2011 (bermula 9.00 pagi), sehinggalah selesai 7.30 malam pada hari Ahad.
Setelah bermalam di Menumbok dengan serba kekurangan bekalan air untuk mandi. Kami balik ke Pulau Labuan 26 Jun lewat jam 10.00 malam dengan menaiki bot penumpang yang disewa bersama dengan 8 rakan pemain takraw.
Perjalanan ini merupakan suatu pengalaman seram ketika menaiki bot meredah lautan antara Menumbok-Labuan pada waktu malam. Tanpa menghiraukan soal keselamatan diri, ia adalah pengangkutan laut yang begitu menakutkan. Tidak pernah saya melaluinya selama 30 tahun berada di Labuan. Walaubagaimanapun kami terpaksa pulang kerana esoknya merupakan hari Isnin waktu untuk bekerja. Syukurlah kami terselemat dari segala rintangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan