Jumaat, 29 Julai 2011

Sepak takraw terus diminati

LAMA benar tidak menulis berita di akhbar, adapun sekadar menulis berita tentang sukan sepak takraw yang kebanyakkannya membabitkan aktiviti persatuan saya (Persatuan Sepak Takraw W.P.Labuan, singkatannya PSTWPL) atau di peringkat komuniti dengan secara langsung terbabit mengelolakan pertandingan ataupun diundang menjadi pengadil tetapi tidaklah sekerapnya. Kalau adapun program dibuat adalah saya tulis dan pasti akan publish di akhbar. Setelah program selesai saya akan menulis berita untuk Utusan Borneo, sebuah akhbar tempatan di Sabah.

Di Labuan ini sememangnya bandar kecil saja semua pihak pasti mencari dan ingin mengenali saya lebih dekat lagi apabila penganjuran sepak takraw diadakan, sama ada peringkat negeri ataupun Kebangsaan. Dengan adanya pembabitan saya menerusi sesuatu kejohanan tentunya saya akan terima surat melalui persatuan untuk mendapatkan khidmat pengadil dan saya bekerja mengatur jadual pertandingan dan sebagainya. Walaubagaimanapun setiap kejohanan itu tidak akan terlaksana tanpa sokongan dan kerjasama oleh semua pihak termasuklah jawatankuasa pengelola dan anggota pengadil yang bertugas.

Menjadi sinonim kepada setiap kali penganjuran, terdapat pula di antara mereka yang memiliki gelagat yang kurang senang dihati dan dimata jawatankuasa lain yang bertugas. Ia merupakan perbuatan yang telah menjadi kelaziman kepada individu itu sendiri. Sikap yang biasa dilakukan secara bersahaja itu bilakah akan berubah. Dengan tidak mengutamakan tugas dan pentingkan individual, suka curi tulang, sikap sambil lewa, tidak mengambil giliran, hilang tanpa dikesan dan ada juga mungkin mengambil kesempatan melakukan urusan peribadi sewaktu bertugas dan tempatnya diambil orang lain serta bermacam lagi. Dan paling saya tidak suka tentang kerja yang tak seberapa dibuat, tapi tanya soal pemberian honorarium (elaun) dari kerja yang macam tahi dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan