LABUAN: Regu Bara-A yang dikemudikan oleh Zulhairie Ismail (tekong), Ating (killer) dan Jecklus Yulius (fidder) menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Tertutup anjuran Kelab SAGA dengan menewaskan regu 1Malaysia yang diwakili Haswandi Kasdi (tekong), Norazmi Matusin (killer) dan Muhdar Ainudin (fidder) di peringkat akhir berlangsung di Gelanggang Terbuka Flet JKR Kg Gersik di sini pada 24 Julai 2011 (Ahad).
Aksi final regu itu berjaya menumpaskan lawan menerusi rubber game dengan 21-13, 16-21 sebelum mendapat sentuhan penyudah untuk kemenangan mutlak dalam tie break set 15-11 untuk memperolehi hadiah sekadar wang tunai RM80.
Naib juara pula membawa pulang hadiah sebanyak RM50, manakala tempat ketiga dikongsi bersama regu Zon 76 dan Fuma Kila dengan masing-masing menerima wang tunai RM20.
Trio Zon 76 dibarisi Hanaswaeirul Sapawi (tekong), Ramlan Jandi (killer) dan Affendi Mohd Tassan (fidder), manakala regu Fuma Kila diwakili Haris Bustamah (tekong), Mohd Hailim Salleh (killer), Rezwan Abd Rahman (fidder) dan Akmal Ag Ahmad selaku pemain simpanan.
Terdahulu itu di peringkat separuh akhir, regu Zon 76 tewas kepada Bara-A melalui straight set dengan 21-11, 21-18, manakala regu Fuma Kila tumpas kepada 1Malaysia menerusi rubber set dengan kiraan mata 19-21, 21-10 dan tie break game 16-14.
Kejohanan itu diadakan sebagai pengisian program sukan Kelab SAGA sebelum menghadapi puasa Ramadhan Al Mubarak yang akan bermula 1 Ogos 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan