Isnin, 20 Februari 2012

Iza Faiqah genap 12 tahun

HARI ini 20 Februari genaplah umur anak perempuan bungsu saya, Iza Faiqah Sarawalih pada usia 12 tahun yang dilahirkan 20 Februari 2000. Di samping menyambut hari jadinya hari ini dan juga urusan membuat kad pengenalan mykad di Jabatan Pendaftaran Negara sebagai tanggungjawab ibubapa.


Iza Faiqah yang bersekolah di SK Pekan Satu, W.P.Labuan dalam Darjah Enam (Luna) bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan 10-14 September 2012 ini. Pada tahun ini juga Iza bakal menghadapi Ujian Tahun Enam (Abu Bakar) Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI).

Di samping itu juga Iza pada setiap hujung minggu belajar tuisyen dengan guru pengajar di Taman Fulliwa, Rancha-rancha dan di Ujana Kewangan Labuan sebagai kelas tambahan sebelum menghadapi UPSR itu kelak. Dia juga merupakan satunya pelajar terpilih di sekolahnya sebagai calon harapan mendapat keputusan cemerlang pada UPSR 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan