Khamis, 31 Januari 2013

Pertandingan Memancing Pantai Terbuka Kuala Penyu

Utusan Borneo, 1 Februari 2013

KUALA PENYU;  Masyarakat daerah sini dan dari tempat lain dipelawa menyertai Pertandingan Memancing Pesisir Pantai Terbuka Kuala Penyu 2013 yang akan diadakan di Pantai Kampung Mansud pada 10 Februari ini (Hari Ahad), bermula jam 9 pagi.

“Pertandingan tersebut dianjurkan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Cawangan Kampung Gimba (Mansud),” kata Pengerusi penganjur, Gostim Jinsin (gambar) ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, pertandingan memancing terbuka ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM1,200 untuk pemenang merebut tempat pertama hingga ke tujuh.

“Peraturan wajib pertandingan ini hanya menggunakan joran moden sahaja, manakala yuran dikenakan RM20 bagi setiap joran,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan juga boleh diterima pada hari pertandingan atau sebelum acara itu bermula tepat jam 9 pagi.

Gostim berkata, pertandingan ini dijalankan selama enam jam dan berakhir jam 3 petang, manakala pemenang akan diadili menerusi tangkapan ikan yang terberat.

“Kami juga meluaskan publisiti hingga ke daerah Beaufort dan Menumbok, termasuklah WP Labuan bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan,” katanya.

Untuk keterangan lanjut pertandingan bolehlah menghubungi Pejabat Rela Daerah Kuala Penyu di talian 087-885377, PBT Latipah Hj Yusof (013-5535874) dan Gostim Jinsin sendiri di 0111-9556474. –  Oleh Sarawallieh Hj. Ashrin/ sarawallieh@yahoo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan