Rabu, 27 Mac 2013

Tragedi bapaku jatuh atas pokok kapuk 25 Mac 2013

KEJADIAN malang bapaku HAJI ASRIN B. HAJI ASMAT, 81, (10 Okt 1932) terjatuh apabila memanjat pokok kapuk setinggi 8 kaki untuk menjolok buah-buahnya berhampiran rumah di Kampung Mansud, Kuala Penyu pada 25 Mac 2013 (Isnin) lebihkurang jam 11.00 pagi. Tragedi itu mengakibatkan tangan kiri patah dan tulang jejari tangan kanan retak dengan teruk.
Dia dihantar ke Hospital Daerah Kuala Penyu untuk mendapatkan rawatan segera dengan menaiki van oleh keluarga jiran. Akibat kecederaan kedua belah tangan yang amat teruk bapaku dihantar ambulan kecemasan ke Hospital Queen Elizabeth 2 (QEH), Kota Kinabalu bagi rawatan lanjut.

Mengenai kejadian bapaku selalu ditimpah malang ini menjadi kehairan keluarga kami dan masyarakat kampung kerana kerana sering saja terjatuh. Sebelum ini pernah jatuh atas pokok getah setinggi 33 kaki sewaktu mengambil madu lebah dengan mengalami tangan patah.
Dia juga pernah jatuh semasa pembinaan sekolah ugama dengan tangan seleuh dan kemalangan sendiri menunggang motosikal lalu terperusuk ke tepi jalan dengan mengalami luka dibahagian badan. Dia juga pernah tersepit batang kayu sewaktu memotong papan di hutan.

Ketika kisah ini ditulis, bapaku masih terlantar di hospital yang terletak jauh dari ibukota KK, iaitu di jalan Taman Damai. Dia dikawal rapi seorang doktor pakar tulang. Anak sulung saya Hisafwan berada di sisinya sudah 3 malam menjaga tetapi ianya memerlukan bantuan, dan pada hari ini 28 Mac 2013 seorang lagi anak buah Nurazmi Zalani akan membantu anak saya.
Meskipun dia telah berumur, hairannya tenaga dia masih mampu bekerja seperti menabang kayu besar dan membersihkan kawasan halaman rumah. Kecederaan teruk kedua tangan ini telah Tuhan berhentikan sampai di sini sahaja. Untuk membolehkan dia berehat panjang dan bersara dari tugasan berat.

Terima kasih oh Tuhanku yang maha kuasa. Kita semua faham Allah swt pada bila-bila masa menarik nyawa setiap makhluk yang hidup di alam maya ini.
Keluarga kami khuatir beliau memang ada mengalami penyakit darah tinggi dan kencing manis. Dia juga ada mengidapi sakit gila babi dan pengsan dalam beberapa saat. Namun penyakit itu sudah lama hilang.
Kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak, termasuklah keluarga terdekat yang terlibat membantu dari segi pengurusan dan segala kebajikan demi menyelamatkan insan sesama insan.

Saya bersyukur bapaku terselamat dari mengalami kecederaan di bahagian leher, kepala dan dalaman. Tuhan masih sayangkan dia dan kita semua harus bersyukur Allah swt panjangkan usianya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan