Isnin, 11 Mac 2013

Pelawaan menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Datuk Azizah

Utusan Borneo, Selasa 19 Mac 2013

KUALA PENYU: Regu atau pasukan yang berminat di Pedalaman Bawah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan adalah dipelawa menyertai Kejohanan Sepak Takraw Regu Terbuka bagi merebut Piala Datuk Hajjah Azizah DSP Hj Mohd Dun, Adun Klias yang merupakan julung kali diadakan di sini.

Kejohanan itu akan diadakan pada 30-31 Mac ini bermula jam 8 pagi di Dewan Shah Bandar Makang, pekan Kuala Penyu. Sementara tarikh tutup ialah sebelum bermula pada hari pertama pertandingan.

Kejohanan itu kebetulan diadakan sempena penggal cuti sekolah dan pihak penganjur gusar kemungkinan dewan permainan digunakan untuk persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 yang diadakan dalam jangka masa terdekat ini.

Sekiranya ia digunapakai, maka venue pertandingan sama ada akan dipindahkan ke Dewan Sri Ayu Kota Klias, Beaufort atau kejohanan akan ditunda pada tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.
Kejohanan itu dianjurkan Persatuan Sepak Takraw Daerah Kuala Penyu yang dipimpin oleh bekas pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tahar Aneh.
DULIKOM AJAK Setiausaha
Menurut Setiausahanya, Dulikom Ajak (gambar)kejohanan itu adalah terbuka kepada para pemain di daerah-daerah Beaufort, Sipitang, Membakut, Menumbok, Kuala Penyu dan juga regu-regu jemputan dari WP Labuan.
Katanya, pertandingan dijalankan secara liga berkumpulan dan setiap regu dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM35.
"Juara akan menerima piala keunggulan sumbangan Adun Klias, di samping wang tunai sebanyak RM500 serta sebuah piala iringan.
Manakala pemenang naib johan akan membawa pulang RM300 dan dua pemenang ketiga yang tewas pada separuh akhir juga masing-masing menerima wang tunai RM200," katanya.
Kemuncak kejohanan itu dijangka akan dihadiri oleh Adun Klias yang seterusnya akan menutup dan menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang pemenang.
Keterangan lanjut hubungi Dulamat Hj Bisnin (Kg Berangkok) di 014 8664098, Hassan Mukran (Sipitang - 019 8722854), Sarawallieh Hj Ashrin (WP Labuan - 014 8621492) dan Dulikom Ajak (Pejabat Pelajaran Kuala Penyu - 013 4727013). – Oleh Sarawallieh Hj Ashrin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan