Utusan Borneo, Ahad 07 Apr 2013
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Azizah Mohd Dun berkata, nilai-nilai murni semakin berkurangan apabila
kita semakin moden. Jesteru, dengan pelbagai teknologi moden itu, belia perlu
bijak agar tidak hanyut dalam gelombang kemodenan ini.
“Secara positif ianya menjadikan perhubungan dan
penyaluran maklumat lebih mudah, cepat dan berkesan”, kata penyandang kerusi
DUN Klias itu.
Lebih membimbangkan penyaluran maklumat tanpa sempadan
ini telah menjadikan sesiapa saja boleh membuat liputan, berita, cerita dan
kenyataan.
“Jesteru, apa yang disarankan oleh Perdana Menteri ialah beliau mahu belia bertindak bijak dalam menerima kemodenan”, katanya.
Azizah yang juga Ketua Umno Beaufort berkata, kerajaan juga mengiktiraf belia sebagai agen perubahan dan melihat belia sebagai pelapis kepada kecemerlangan yang dimiliki negara pada hari ini.
Maka katanya, pelbagai agenda pembangunan melalui
Pelan Transformasi Kerajaan telah diatur bagi mempersiapkan belia untuk
mendukungi negara ini di masa hadapan.
“Perdana Menteri telah mengagendakan pelbagai Pelan Transformasi yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat dan sudah pasti semuanya untuk kesinambungan kecemerlangan pentadbiran negara di masa akan datang”, katanya.
KUALA PENYU; Para belia menyedari
bahawa pada hari ini mereka berhadapan cabaran lebih kompleks untuk bergerak
seiring dengan kemodenan dalam menerima kemajuan yang banyak dihadapi.
Sebagai contoh
katanya, anak-anak muda bahkan sesiapa saja lebih mudah berinteraksi di laman
maya seperti facebook, twitter, blog
dan sebagainya
JOHN TEO MAU SING berucap merasmikan kejohanan itu.
Beliau berkata
demikian dalam ucapan perasmian pembukaan dan penutupan Kejohanan Sepak Takraw
Terbuka Pedalaman Bawah di Dewan Syah Bandar Makang di sini baru-baru ini. Teks
ucapan beliau disampaikan oleh penyandang kerusi DUN Kuala Penyu, John Teo Mau
Sing.
Azizah berkata,
kecenderungan atau terlalu obses terhadap teknologi ini akan menjadikan
perhubungan kemanusiaan semakin longgar, interaksi normal juga semakin
berkurangan kerana lebih selesa berkomunikasi di alam maya.
Menurutnya, ia
tidak seperti zaman dahulu lagi dimana kita
menunggu berita atau membaca surat khabar untuk mendapat sumber maklumat. Hal
ini mengundang masalah untuk mendapatkan kesahihan sesuatu maklumat.
TAHAR HJ ANEH Pengerusi Astaka Kuala Penyu
menyampaikan ucapan aluan.
“Jesteru, apa yang disarankan oleh Perdana Menteri ialah beliau mahu belia bertindak bijak dalam menerima kemodenan”, katanya.
Azizah yang juga Ketua Umno Beaufort berkata, kerajaan juga mengiktiraf belia sebagai agen perubahan dan melihat belia sebagai pelapis kepada kecemerlangan yang dimiliki negara pada hari ini.
“Segala sesuatu
yang kerajaan rencanakan sebenarnya bagi mempastikan negara ini tetap stabil
dari segi politik, ekonomi dan sosial, serta cemerlang untuk diwarisi oleh genarasi
akan datang.
“Perdana Menteri telah mengagendakan pelbagai Pelan Transformasi yang memanfaatkan semua lapisan masyarakat dan sudah pasti semuanya untuk kesinambungan kecemerlangan pentadbiran negara di masa akan datang”, katanya.
Azizah menggesa
para belia untuk tampil mendaftarkan persatuan dan menyahut harapan kerajaan
melalui Kementerian Belia dan Sukan untuk menubuhkan Satu Persatuan Satu
Kampung.
Katanya, mana-mana
kumpulan belia yang belum mendaftarkan persatuan mereka perlu berhubung dengan
pegawai Jabatan Belia dan Sukan untuk mendapat info.
Beliau berkata,
setakat ini sebanyak 397 badan persatuan belia di seluruh Sabah telah
didaftarkan.
Jurulatih Shutip dari Thailand (di kiri), Sarawallieh SU Pertandingan, SU Astaka Sahran Untai dan John Teo (di kanan).
Terdahulu, Pengerusi
Astaka Kuala Penyu, Tahar Hj Aneh memaklumkan pihaknya telahpun merancang
Program Pembangunan Sukan Sepak Takraw yang dikenali sebagai Perkasa 2016 yang
dilaksanakan sejak Januari lalu.
Katanya, program
jangka pendek selama tiga tahun itu mendapat kerjasama mereka yang pernah
mencipta nama di peringkat negeri dan kebangsaan, dengan tujuan untuk membentuk
pasukan yang mantap di masa hadapan.
Sementara itu,
dua regu tuan rumah Perkasa B dan Perkasa A mendominasikan kejohanan itu apabila
masing-masing berjaya menjadi johan dan naib johan. Kejohanan itu disertai
sebanyak 35 regu yang membabitkan regu-regu dari daerah Pedalaman Bawah. – Oleh Sarawallieh Hj. Ashrin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan