Jumaat, 29 November 2013

Iza Faiqah Cemerlang UPSRA 2012 dan UPKK 2011

IZA Faiqah satunya anak bungsu saya telah berjaya mendapat keputusan cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Renndah Agama (UPSRA) pada 2012 apabila keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Anak kelima saya itu menuntut di Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI) At-Tarbiyah Al-Islamiah Pekan Labuan dan menerima sijil keputusan itu baru-baru ini di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Di samping Iza Faiqah juga lulus dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Tahun 2011 dan menerima sijil kecemerlangan tersebut disampaikan sekali gus oleh pegawai jabatan berkenaan.

Kini Iza Faiqah meneruskan pelajaran peringkat menengah di SM Saint Anne Labuan dalam Tingkatan Satu (2013).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan