Jumaat, 29 November 2013

Janji sumbangan kepada rakyat


LABUAN: Hasrat calon Barisan Nasional (BN) DUN N.26 Kuala Penyu, Limus Jury mahu membuktikan aku janjinya tersendiri jika ianya diberi mandat oleh rakyat untuk memenangi kerusi itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai hadiah sangat berharga untuk penduduk di kawasannya.

Selaku wakil rakyat selama tempoh lima tahun elaun beliau terima akan disumbangkan kepada tabung pendidikan pelajar di peringkat tinggi bagi anak-anak warga Kuala Penyu yang akan diwujudkan nanti.

Selain itu, katanya dana tambahan untuk menghargai pelajar yang mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan SPM dan STPM, tidak mengira bangsa dan agama juga akan dilaksanakan.

Dalam tempoh yang sama juga beliau berjanji akan sedia membantu para usahawan di daerah Kuala Penyu untuk mendapatkan peruntukkan supaya mereka berjaya dengan membawa banyak perubahan dan kemajuan di sini.

Limus berkata demikian ketika memberi ucapan pertama kali menemui para penggundi dan penyokong-penyokongnya yang menatap di WP Labuan yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan malam Jumaat lalu (26 April 2013).

Beliau merayu kepada warga Kuala Penyu agar dapat melaksanakan tanggunjawab mereka dengan begitu bijak dan lapang dada untuk turun menggundi calon BN Kuala Penyu pada 5 Mei ini untuk kesinambungan kepimpinan kerajaan negeri dan Negara yang berterusan.

Limus, 48, ditentang oleh empat calon lain di kawasan DUN Kuala Penyu, iaitu Alexander Sintin (Star), Jusbian Keeneth @Kini (Bebas), Mohd Tajuddin Mohd Walli (Bebas) termasuklah veteran politik di Sabah, Datuk Johan OT Ghani yang mewakili PKR.

Datuk Johan juga pernah bertanding atas tiket Bebas mengalahkan Datuk Vences Anggang (BN-UPKO) pada PRU 2003, beliau bagaimanapun berjaya ditewaskan oleh John Teo Mau Sing (BN-UPKO) pada PRU-12 lalu dengan majoriti 257 undi.

Hadir sama pada kempen itu ialah calon Parlimen Beaufort, Datuk Hajjah Azizah DSP Mohd Dun yang turut mengempen kawasan N.25 Klias, Isnin Aliasnih yang tidak dapat hadir bersama.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan UMNO Beaufort, Hj Samin Hj Ungki, Naib Ketua Bahagian UPKO Beaufort, Lokman Sunggim, Ketua Wanita UPKO Beaufort, Puan Linda Anthony, Ketua Bahagian PBS Kuala Penyu, Sebastian Dirih Anjim dan Naib Ketua Bahagian UPKO WP Labuan, Meik Maji.  - Oleh Sarawallieh Hj Ashrin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan