Jumaat, 29 November 2013

Kejohanan Sepak Takraw ISTAF Super Series edisi ketiga dibawa ke Sabah

KOTA KINABALU: Sesungguhnya penghormatan buat pertama kali diberikan kepada Negeri Sabah apabila Malaysia menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw ISTAF Super Series pusingan ke-3 musim 2013 telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan Likas selama 4 hari, pada 31 Oktober hingga 3 November lalu.

Dengan disertai oleh negara Thailand, Jepun, Singapura, Brunei Darussalam, Jerman, Iran, India, Indonesia, Vietnam dan Malaysia sebagai hos kali ini, bagaimanapun Korea tidak mengambil bahagian kerana memboikut kejohanan sebelum ini.

Terdahulu musim ini kejohanan berprestij itu kali pertama diadakan di India dan kedua di Thailand, manakala Malaysia mengambil giliran untuk mengadakannya di Sabah. Sementara lokasi sirkit ke-4 dan terakhir bagi 2013/2014 ini belum ditetapkan lagi.

Ketika menyaksikan 4 hari para penonton membanjiri dewan penuh sesak, lebih-lebih lagi ketika regu negara kita beraksi dengan lawan setarunya Thailand dipentas acara final lelaki. Meskipun regu negara kita telah mendahului 2 set awal, sebelum tewas ditangan Thailand 3 set berturut untuk memenangi 3-2.

Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan ASTAKA amat bertuah dan berbangga sekali dengan sambutan luar biasa penonton di Sabah dan ada juga mereka yang datang dari luar negara menyaksikan kejohanan bertaraf dunia itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan