Utusan Borneo, Jum 3 Mei 2013
KUALA PENYU; Regu PDM Mansud B dan PDM Mansud A berjaya mendominasikan sukan sepak takraw bersempena Program Gemilang Tataba di daerah sini apabila muncul sebagai johan dan naib johan kejohanan antara regu tertutup yang telah berlangsung di Dewan Syah Bandar Makang di sini baru-baru ini.
Kedua regu itu sepatutnya bertemu di perlawanan akhir setelah berjaya menumpaskan lawan masing-masing, namun demikian aksi peringkat akhir gagal ditonton apabila keduanya mengambil keputusan untuk tidak bermain.
Berdasarkan prestasi pemain dan rekod cemerlang yang dipamerkan sepanjang kejohanan itu maka pihak penganjur mengambil keputusan dengan PDM Mansud B sebagai juara dan PDM Mansud A selaku naib johan.

Johan itu
membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800, manakala naib johan meraih
wang tunai RM600. Di samping itu kedua regu itu juga menerima satu set baju T
dan bola takraw.
Sebelum mara ke
peringkat akhir, kelibat bekas pemain Sukma Sabah yang juga apit kanan Mohd
Azlin Ag Maslin merupakan sandaran utama regu PDM Mansud B dengan libasan padu
dan tepat mengatasi lawan .
Mereka juga
memilik bekas pemain negeri, apit kiri Dulikom Ajak dan Dulamat Bisnin bermain
sebagai tekong, tetapi lazimnya digantikan Sufri Abd Rahman pada set kedua,
meskipun mendapat cabaran.
Mereka mendapat tentangan
sengit oleh regu Kerukan di separuh akhir, meskipun menang set pertama 16-14,
tetapi tewas pada set kedua 12-15 sebelum memenangi set penentuan ‘tie break
set’ dengan kira mata 15-9.
Terdahulu itu,
regu PDM Mansud A yang dikemudikan Jecklus Yulius (apit kanan), Azman Jowly
(tekong), Jamal Kassim (apit kiri) dan Abd Nawab Mustapha selaku pemain apit
kiri simpanan memenangi perlawanan separuh akhir pertama apabila mengalahkan
regu Kilugus A menerusi permainan ‘straight set’ dengan 15-13, 15-8.
Regu Kerukan dan
regu Kilugus A diisytiharkan sebagai pemenang ketiga masing-masing meraih wang
tunai sebanyak RM300, satu set baju T dan bola takraw.
Selain itu pihak
penganjur juga menghadiahkan sebiji bola takraw untuk pasukan-pasukan yang
bertanding, di samping pemberian baju T kepada semua pemain.
Kejohanan itu
dikelolakan sempena Program Gemilang Tataba anjuran Pergerakan Pemuda UPKO
Bahagian Kuala Penyu dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw (Astaka) daerah
Kuala Penyu yang disertai sebanyak 10 regu.
Hadir sama
menyaksikan kejohanan itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UPKO Kuala Penyu, Mohd
Zain Hj Bisnin dan Pengerusi Persatuan Sepak Takraw (Astaka) Kuala Penyu, Tahar
Hj Aneh.
Menurut Mohd
Zain, program Gemilang Tataba itu mempertandingkan sebanyak tiga acara sukan,
iaitu bolasepak lelaki, bola tampar
wanita dan sepak takraw.
Katanya, majlis penyampaian hadiah-hadiah bagi semua
acara itu dijangka akan disempurnakan calon Barisan Nasional (BN) Kuala Penyu,
Limus Jury sebelum menghadapi Pilihanraya Umum pada 5 Mei ini nanti. – Oleh Sarawallieh Hj Ashrin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan