Selasa, 5 Oktober 2010

Pasukan kami tepati ramalan muncul johan 7 sebelah

SETELAH sekian lama tidak beraksi di padang bola, team yang saya sertai terus pula muncul johan Pertandingan Bolasepak Tujuh Sepasukan kendalian JBA W.P.Labuan di Padang Mini Kompleks JKR pada 2 Oktober lalu. Syabas saya ucapkan kepada pengelolanya kerana berjaya mengumpul kaki bola agar terus aktif menghidupkan sukan bolasepak dalam jabatan sendiri.

Skuad tujuh sebelah kami bentuk sebenarnya dilihat punya wibawa dan harapan untuk melakar sejarah sulung penganjuran ini. Melihat senarai pemain team saya dipaparkan terus saya membuat andaian semacam kejuaraan itu ditangan kami. Setahu saya pasukan saya memiliki antara pemain yang berpengalaman dan berwibawa.

Sesuai dengan kawasan arena yang agak kecil, cuma stemina menjadi penghalang maklum saja ada antara pemain yang sudah setengah abad usia tetapi masih berupaya membawa dua kaki lagi. Tidak perlu banyak strategi dilakukan namun ada ramalan di atas kertas, hanya menanti sesuatu yang bakal menjadi kenyataan.

Menurut bisikan hati ketua pasukan pula, barisan yang dibentuk adalah antara gandingan muka lama dan baru diketuai Soleh Amin, Rynold Sikau, Marjuki Marali, Md Al Hafiz Samli, Mohd Ayub Suhaili, Nor Eisom Ahmad Duri, Sarawallieh Ashrin, Mohd Juslin Jirun dan Arman Kasim (goalkeeper) mampu menghalang gerakan pemain lawan dan berjaya menamatkan perlawanan 'round robin' untuk muncul sebagai juara.

Sebanyak lima (5) pasukan mengambil bahagian dari 9 team yang disenaraikan pada awalnya. Pasukan saya telah berjaya menepati ramalan untuk menjuarai pertandingan, meskipun team kami bermula dengan aksi hambar apabila terikat seri 0-0 pada perlawanan pertama, tetapi kami terus meningkatkan corak permainan baik dengan menumpaskan tiga pencabar terdekat dengan kemenangan bergaya 2-1, 3-0 dan terakhir membelasah lawan 5-0 untuk mengutip 10 mata, di samping memiliki 10 jaringan dan cuma dibolosi satu gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan