Kehadiran peserta Kursus Team Building siri 1/2010 Jabatan Bekalan Air W.P.Labuan (JBAL) di Membakut Eco Resort, Papar, Sabah pada 8-10 Oktober lalu sungguh menyeronokkan dan kepuasan hati kepada peserta menyertainya, meskipun situasi alam sekitar kurang selesa dan lokasinya agak terpencil. Namun suasana sunyi sepi itu tidak menjadi halangan kepada para peserta, malahan cukup menceriakan 4 trainers berkampung 3 hari bagi berkongsi ilmu pengetahuan dengan tanpa rasa bosan dan jemu mengikuti kalimah-kalimah oleh penceramah prolifik Pengarah Urusan, Total Manpower Solution, Mohamad Fuad Arif dari Selangor Darul Ehsan diringi isteri, Anita Othman yang bakal menunaikan fardhu Haji ke Tanah Suci Mekah tidak lama lagi, dan kesudian bersama pasangan Rafiee Hj Yahaya yang banyak membantu dari segi teknikal.
Selaku pembimbing utama kursus, Mohamad Fuad yang mempunyai pengalaman luas 20 tahun dan berpengetahuan pelbagai topik di bidang kerjaya telah berjaya memberikan segala latihan, motivasi, kepimpinan, membina karektor, aktiviti out door dan pembentukkan secara kerja berpasukan dalam sesuatu organisasi dipertanggungjawabkan kepada peserta. Tidak disangkal lagi kursus singkat tersebut sesungguhnya mendapat reaksi positif dan impak terbaik sewaktu kerja positif individu degan memberi pandangan teramat baik.
Hasil petunjuk peserta mendapati kursus seumpamanya agar diteruskan kerana di luar sana sejumlah dua pertiga lagi kakitangan JBAL yang sepatutnya diberi peluang pendadahan Kursus Pembentukkan Pasukan. Terlalu banyak pengajaran dirungkai oleh peserta, mereka sentiasa memberi tumpuan sepenuh kursus ini, sudah menjadi lumrah kursus sememangnya meletihkan sebab tidak banyak masa rehat, program terbatas dan jadual terhad, tetapi segalanya diketepikan, tidak boring, hilang rasa mengantuk, kewajipan semuanya dilaksana dengan telus dan amanah, disajikan dengan pelbagai permainan yang membawa maksud tentang pekerjaan dan pengertian baik dalam sesuatu organisasi. Pada suatu ketika itu pun jadual waktu sanggup dikorbankan oleh pembimbing dengan melanjutkan masa sehingga jam 1.30 pagi untuk pembentangan sesuatu topik berkaitan yang sangat menarik minat peserta.
Dengan penuh harapan agar kursus ini sekurang-kurangnya akan dapat melahirkan suatu perkembangan dan perubahan yang baik kepada sesebuah organisasi. Kalau boleh mewujudkan satu pasukan yang mantap dan semangat terpuji. Semoga tidak timbul lagi rasa ketidakpuasan hati di kalangan sekerja dan sikap yang kurang beretika, perlunya menunjukkan kerja saling bersefahaman, semangat setiakawan dan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan merupakan peranan utama dalam sebuah jabatan itu menjadi terbaik. Akhir bicara semoga kursus seumpama ini terus diadakan. Syabas fasalitatornya, budi baik tetap akan dikenang sampai bila-bila. Tahniah para peserta JBAL... JBAL Boleh !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan