Ahad, 20 Mac 2011
Dua kali menang kuiz bola
KEMENANGAN dua kali pada Kuiz Teka Bola Papar Sports Centre (PSC) dan Utusan Borneo 2010 bagi dua siri berturut-turut itu sesuatu yang di luar jangkaan dan memang amat seronok kerana berjaya memenangi hadiah bertuah yang disediakan oleh penaja.
Siri 1 peraduan itu saya berjaya memenangi tempat ketiga dan sebulan kemudian saya muncul menjadi pemenang pertama pula pada siri kedua peraduan berkenaan.
Bertuah sekali meskipun hadiah tak seberapa dan merupakan suatu kenangan manis dalam hidup saya yang mungkin sukar dilupakan. Beberapa jenis hadiah peralatan sukan seperti kasut futsal, selipar, beg, kalendar dan wang tunai telah diberikan.
Kehadiran dua kali saya ke ibu pejabat Utusan Borneo di Wisma KTS Kota Kinabalu selaku pusat operasi akhbar UB disambut mesra dan baik terutama editor yang dikenali, Lichong Angkui, penyunting sukan Hassim Hj Osman dan warga akhbar tersebut.
Paling manis saya dapat bertemu dua mantan pemain bolasepak Sabah dan negara, Matlan Marjan, Sanbagamaran dan bekas pemain liga simpanan Sabah, Fariz Aziz yang juga pelakon dan pengacara rancangan tv popular.
Kehadiran saya kali pertama kebetulan bersua disatu restoran mamak dan minum berama dengan penaja yang juga Pengurus PSC, S.S Chung dan Along, seorang anak beliau yang juga pemain remaja berkenaan serta rakan mereka yang lain.
Bertubi-tubi lontaran ucapan tahniah kepada saya ketika masuk ke ofis editor UB itu sambil berbual dan menatap terbitan harian akhbar UB sewaktu menanti rakan-rakan 9 pemenang lain yang belum tiba.
Sesungguhnya kunjungan saya untuk mengambil hadiah ketiga saya sempat meminta ambil gambar kenangan dengan reporter UB baru dikenali Rozaini Zulkifli. Tidak terlepas peluang pada keesokan harinya saya dapat menatap wajah sendiri terpapar di akhbar UB sewaktu menerima hadiah berkenaan.
Ingatan manis ini menyusul lagi apabila kunjungan saya buat kali kedua sebagai penerima hadiah utama peraduan itu sebulan kemudian. Peluang istimewa ini saya tidak sia-siakan dengan berurusan menaiki pesawat MAS pergi balik Labuan-Kota Kinabalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan