Khamis, 17 Mac 2011

Dahulu balairaya, sekarang mini dewan jadinya?

SEBUAH Mini Dewan baru dibina tahun lalu (2010) yang kurang pasti berapa puluh ribu kosnya, tetapi mengikut sumber yang boleh dipercayai ianya menelan belanja puluhan ribu malah ratusan ribu ringgit. Namun mini dewan ini berdiri megah terletak di Kampung Mansud, daerah Kuala Penyu. Sesungguhnya kelihatan tersergam cantik dekorasi luarnya, tetapi bagaimana pula sebaliknya?.

Tidak kira sama ada balairaya atau dewan permainan, keduanya hampir sama penting untuk digunakan. Oleh itu kita kena fikir secara rasional segala infrastruktur kerajaan binakan itu benar-benar mustahak untuk keperluan rakyat jelata. Balairaya adalah satunya kemudahan asas sebagai tempat mengadakan pelbagai perjumpaan, mesyuarat dan paling mustahak dijadikan lokasi program tetamu luar yang datang di peringkat komuniti.

Bangunan balairaya sudahpun dirobohkan. Ditapak yang sama kini digantikan sebuah mini dewan untuk menjalankan aktiviti sukan baik untuk beriadah.


Sebelum mini dewan ini didirikan, sebenarnya balairaya dulu kompenannya masih teguh dan kukuh lagi, hanya ia sedikit mengalami keretakkan tetapi tidak serius mana dan ia boleh diselanggarakan. Namun kerosakkan balairaya tersebut bukan jadi penghalang. Pihak pengurusan dan badan JKKK patut berbuat sesuatu perancangan kepada pihak atasan.

Tinjauan telah dibuat pada Ogos dan September 2010 lalu. Kebetulan penulis berada di kampung berkenaan dan sempat menemui rakan yang menceritakan. Paling menghampakan kerja-kerja projek bangunan mini dewan sukan itu pula nampaknya tergendala walaupun pada mulanya rancak. Apa yang jelas sehingga rencana ini ditulis, taukenya tidak kelihatan meneruskan kerja-kerja ditapak malahan kontraktor telah tinggalkan kerja-kerja bahagian dalam bangunan yang masih terbiar dan tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Kalau tidak sakit kenapa dan mengapa kerja-kerja pembikinan Mini Dewan tersebut tidak dilanjutkan, sedangkan kerja sudah mencapai 70 peratus siap. Adakah peruntukkan bagi pelaksanaannya tidak mencukupi atau sebaliknya.

Penulis sempat mengambil foto-foto di beberapa sudut yang boleh dijadikan bahan bukti, dimana terdapat ruang dalam dewan tidak siap dan bahagian siling atas tercabut. Malahan didapati keadaan seluruh lantai semen gelanggang permainan sudah terkopek dan mengalami kerosakkan teruk.

Mini dewan ini hanya menempatkan sekali gus sebidang gelanggang permainan badminton dan sepak takraw serta dibina tandas berasingan terletak luar dewan. Penulis juga melihat pintu-pintu dan semua tingkap diletakkan di bahagian tepi dinding dan masih tidak dipasangkan. Manakala dibahagian kaki lima luar dewan juga perlu berlantai semen.


Penulis tidak punya masa untuk menemui orang kuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Mansud khasnya Pengerusi Hj Kadir Hj Yusof yang memang dikenali. Penulis memikirkan pihak JKKK adalah berperanan penting sebagai mata dan telinga kerajaan atas pelaksanaan projek masuk kampung.

Beliau seharusnya bertanggungjawab tentang khidmat kontraktor yang masih gagal membereskan kerja-kerja di tapak projek berkenaan. Kita dalam JKKK pun sekurang-kurangnya mengambil tahu dan bertugas untuk meninjau setiap projek kerajaan berikan untuk kemudahan dan kemajuan kampung sendiri.

Sebuah balairaya berdiri cukup kukuh dan sesuai untuk semua masyarakat kampung sebagai tempat berkumpul, bermesyuarat dan pelbagai aktiviti dibuat, tetapi telah dirobohkan adalah suatu kesilapan besar.


Paling bagus kiranya isu seumpama ini direalisasikan bersama Ketua Kampung (KK), JKKK Kg Mansud dan JKKK Kg Gimba/Layong yang ada bagi mencari keputusan. Tidak munasabah tindakan dengan merobohkan balairaya itu semata-mata tiada tapak untuk membangunkan mini dewan.

Tinjauan penulis melihat sekitar kawasan mini dewan baru ini dan bekas tapak balairaya yang dirobohkan itu dapat dibayangkan saiznya hampir sama, lain hal jika pembinaan mini dewan ini lebih besar dan kelengkapannya pelbagai guna, berbanding dengan balairaya sebelum ini digunakan lebih selesa dan banyak keistimewaan untuk pelbagai program diadakan masyarakat kampung termasuklah menyambut pemimpin dan tetamu luar yang datang.


FAKTA yang boleh diambilkira di sini; ialah jika mendapat kelulusan projek baru membina Mini Dewan, maka bangunan balairaya sedia ada biarkan terus dikekalkan (Jangan diroboh).

Mini dewan tersebut saiznya lebihkurang sama dengan balairaya yang sedia ada. Ia boleh dibina bersebelahan dengan balairaya berkenaan.

Ruang bagi bangunan insfrastruktur kerajaan ditempatkan di kawasan tanah rezab itu, barisannya ialah Tabika KEMAS, balairaya (dahulu/dirobohkan) kini Mini Dewan, sekolah ugama (SUI) dan masjid ... kawasan tanah belakang adalah Tanah Perkuburan Islam Menumpang.

Apa nak buat BALAIRAYA sudah tiada lagi. Berdiri megah adalah MINI DEWAN Kg Mansud. Oleh itu hanya kita semua mengharapkan warga desa menanti perancangan terbaru untuk membina pula sebuah BALAIRAYA baru, sebagai tempat untuk keselesaan penduduk kampung mengadakan sebarang kegiatan berguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan