Khamis, 10 Mac 2011

Anggota PSTWPL dipilih dengan pungutan suara

TERAJU kepimpinan Persatuan Sepak Takraw W.P.Labuan (PSTWPL) Sesi 2011/2013 telahpun diputuskan secara pungutan suara pada mesyuarat agung kali kelima persatuan itu pada 15 Januari 2011 dengan memilih dan melantik sebahagian besar anggota lama dan muka baru, termasuklah juga mereka yang tidak hadir.

Mesyuarat agung jangka dua tahun itu bertujuan untuk membubar ahli jawtankuasa tertinggi Sesi 2009/2011 dan memilih anggota baru telahpun diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat KEMAS Labuan di Kg Pantai.

Jawatan nombor satu kepimpinan persatuan tersebut masih terus dipegang oleh penjawat lamanya Suhili Hj Razali, manakala jawatan kedua terpenting itu disandang muka baru, Tarmizi Hj Mohd Isa yang sebelum ini menjadi ahli jawatankuasa (AJK) tertinggi.

Terus mengekalkan jawatan ialah orang kuat dalam PSTWPL, iaitu Setiausaha Agung, Shariff Ahmad Shah Shariff Mondoi dan Penolong SU, Sarawallieh Hj Ashrin.

Bendahari Kehormat pula disandang muka baru, Ungsu @Selamat Saidin yang sebelum ini sebagai AJK persatuan berkenaan.

Sidang mesyuarat itu pula tidak melantik dua juruaudit persatuan, sehinggalah mesyuarat pertama AJK tertinggi dibuat selepas itu juga masih mengosongkannya.

AJK tertinggi yang terpilih dan dilantik, iaitu Abidin Ahmad, Henry Ugis, Roslan Hj Selamat, Sulai Daud, Omar Mia, Azman Jowly, Zulkifli Gudang, Hamidah Maidan, di samping dua lagi Matdaud Hj Mohamad dan Matasan Matnor yang tidak hadir mesyuarat dilantik semula menganggotai persatuan ini.

Mesyuarat agung itu juga melantik beberapa tugasan yang dirasakan terpenting di dalam menjalankan sesuatu aktiviti PSTWPL. Mereka ialah Abidin Ahmad (Ketua Jurulatih), Omar Mia (Teknikal), Sarawallieh Hj Ashrin (Setiausaha Pertandingan), Matdaud Hj Mohamad (Ketua Pengadil) dan Pn Hamidah Maidan(Pengurusan skuad Wanita).

Terdahulu itu mesyuarat agung tersebut dirasmikan oleh Penolong Pegawai Jabatan Belia dan Sukan (JBS) W.P.Labuan, Shahriman Basir.

Bagi merancakkan lagi aktiviti persatuan ini, JBS di sini telah memberi kelonggaran kepada pasukan sepak takraw PSTWPL untuk mengadakan latihan di gelanggang terbuka di kawasan Kompleks Sukan Labuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan