LABUAN yang bertandang ke Melaka dari 21-24 April lalu selaku pasukan 'underdog' pada Kejohanan Sepak Takraw Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (MAKSAK) peringkat Kebangsaan 2011 bukan sekadar untuk bertanding tetapi mencari pengalaman jika mahu meneruskan bidang sukan ini dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Sebagai pasukan jarang menyertai bertanding di peringkat tinggi dan sesuai dengan jolokan selaku team yang masih mencari rentak, memerlukan bimbingan, tunjuk ajar dan mahu memperbanyakkan pertandingan setempat, tetapi ingin bersaing dengan pasukan yang lebih mencabar jika mahu mempertingkatkan prestasi permainan sukan ini.
Mengambil iktibar dari penyertaan demi penyertaan, dan kehadiran Labuan di Melaka ini dalam catit sejarah buat kali ketiga beraksi di Kejohanan Sepak Takraw MAKSAK Malaysia. Sejak menyertai pertama kali Labuan menjadi hos pada Tahun 2000 dan kedua pergi di Seremban, Negeri Sembilan pada 2001.
Setelah 10 tahun kemudian barulah Labuan menyertai semula kejohanan sepak takraw di peringkat Kebangsaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan