Siapakah sebenarnya layak mendapat subsidi Perumahan Rakyat Termiskin (PRT) yang disalurkan oleh kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia. Subsidi seumpama ini seharusnya disalurkan lebih telus dan amanah untuk membantu rakyat termiskin, benar-benar daif dan kurang upaya, terutama sekali kehidupan golongan tua di pelusuk kampung.
Apakah pihak berkenaan sudah mengkaji pemberian subsidi kerajaan itu pada dasarnya kepada golongan tua dan miskin tegar, di samping membabitkan golongan muda, orang kuat bekerja dan masih bertenaga di bandar dan luar bandar juga layak menikmatinya.
Tinjauan didapati mereka yang menerima sumbangan perumahan itu juga mereka yang pernah mendapat bantuan rumah itu untuk kali kedua, malahan ada yang dibantu selenggara semula rumah, bahkan janda muda dan Imam muda pun sudah mendapat subsidi dan mendiami rumah percuma itu di kampung berkenaan.
Bagaimana pula nasip kehidupan orang-orang tua yang benar-benar memerlukan bantuan kerajaan dan tidak punya daya bekerja kuat, tidak punyai sara hidup tetap dan berpendapatan kecil, rumah kayu tiang rapuh, lantai borok dan kebocoran atap bila musim hujan dan rumah usang serta ada di antara mereka tidak mampu membina rumah sendiri.
Pihak JKKK, Ketua Kampung, Imam dan pemaju komuniti setempat boleh menjadi tunjang kepimpinan di peringkat akar umbi dan mereka juga satu-satunya sebagai mata dan telinga kerajaan untuk menyalur sokongan. Mereka penyokong permohonan diproses dengan teliti, telus, jujur dan amanah kepada mereka yang betul-betul layak menerimanya. Jangan terjadi daya pilih kasih dan integriti dalam apa jua membabitkan sumbangan pihak kerajaan salurkan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan