Rabu, 7 September 2011

Mini dewan Kg Mansud tidak selesa dan tak selamat digunakan

Mini dewan dan sekali gus balairaya Kampung Mansud, Kuala Penyu tidak selamat untuk sebarang aktiviti sukan dan pelbagai majlis keramaian jika mahu digunakan sehingga ianya dibaiki segera supaya kerosakkan tidak bertambah lebih teruk lagi.

Ia hanya boleh digunapakai sekiranya diubahsuai dan diperbaiki kemudahan asas utama seperti pintu-pintu, tingkap-tingkap (bukan jenis bercermin), termasuk bangunan tandas (tidak siap sepenuhnya), lampu dan wayer yang pemasangannya tidak mengikut spesifikasi sebenar agar diselenggarakan dengan sempurna.

Bangunan ini memerlukan suatu baget untuk memperbaiki dan menambah baikan kawasan dalam dan luar bangunan, termasuklah sekiranya ada ruang mencukupi satu gelanggang sukan futsal sekali gus sepak takraw dan boleh diguna untuk aktiviti riadah lain serta pelbagai majlis.

Satu ruang legar atau bumbung hadapan didirikan untuk menampung kesesakan orang ramai dan menempatkan jika berlaku cuaca hujan dan mengelakkan dari sinaran panas matahari. Termasuk sekeliling kaki lima luar bangunan juga patut dibina lantai bersemen.

Bangunan itu dilihat lebih kemas dan cantik lagi jika kawasannya dibina berpagar. Tidak lupa pula semenjak siapnya bangunan ini tidak kelihatan tanda nama dipasang di hadapan pintu masuk dewan sebagai pengenalan tetamu yang datang.

Didapati juga kawasan sekitar bangunan berkeadaan semak dan gagal dibersihkan. Ia memerlukan satu pengawasan pihak berwajib. Pembinaan mini dewan ini merupakan projek terbaru disumbangkan kerajaan bagi menggantikan balairaya lama yang telah dirobohkan ditapak yang sama.

Pihak pengurusan JKKK sebaiknya mengambil perhatian sewajarnya dengan menjaga keselamatan bangunan itu supaya sentiasa bersih dan terpelihara serta ianya tidak mengalami kerosakkan yang amat teruk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan