Utusan Borneo, Rabu 13 Mac 2013
Beliau juga kerap kali muncul dalam slot rancangan
agama di televisyen Malaysia dan pernah bertugas di Jabatan Perdana Menteri
sewaktu kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang
membawa slogan ‘Islam Hadhari’. – Oleh
Sarawallieh Hj Ashrin.
BONGAWAN; Seramai 30 orang kakitangan dari Jabatan
Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan (JBAL) di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi
Hijau dan Air (KeTTHA) Malaysia telah mengikuti Kursus Asas
Pengukuhan Pasukan Siri 1/2013 baru-baru ini.
Kursus itu telah diadakan selama tiga hari
bertempat di Borneo Golf and Country Club (BGCC), di sini.
Antara kakitangan JBAL yang menyertai kursus itu
Terdapat sembilan slot ceramah telah dibentangkan oleh penceramah jemputan, iaitu Al Ustaz Dr Ahmad
Termizi Abdul Razak Al-Jangkang,44, yang merupakan Pengarah Urusan At-Tirmidzi
Consultant Centre (ATCC) yang berpusat di Selangor Darul Ehsan.
Ramai di
kalangan peserta menyatakan rasa puas hati dengan kelainan slot-slot ceramah
yang disampaikan oleh imam muda
yang sememangnya berpengalaman dan cukup prolifik dalam bidang pendakwahan
agama.
Dr Ahmad Termizi Abd Razak ketika berceramah
Berkelulusan
dari salah sebuah universiti di Mesir, Dr Ahmad Termizi turut dibantu
oleh dua orang lagi tenaga pembimbing bagi mengadakan latihan jasmani dan
aktiviti berpasukan peserta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan