Jumaat, 1 Mac 2013

Kursus Team Building JBAL 2013 di Bongawan

Semasa menyertai kuliah Suboh

Ketika menyertai Kursus Pengukuhan Pasukan (Team Building) Siri 1/2013 bersama kakitangan Jabatan Bekalan Air WP Labuan (JBAL) kendalian Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Malaysia bertempat di Borneo Golf and Country Club, Bongawan pada 26-28 Februari 2013 mungkin amat berkesan kepada insan yang menyertainya.

Biarpun kehadiran cuma 30 orang, meskipun pada awalnya disenaraikan sebanyak 40 peserta. Tetapi adalah menjadi satu kerugian bagi mereka yang membatalkan kehadiran tentang kursus ini, kerana sememangnya banyak ilmu pengetahuan agama berguna telah diperolehi.
Saya diapit Dr Ahmad Termizi (bersongkok)

Penceramah undangan bukan calang-calang orangnya, iaitu Al Ustaz Dr Ahmad Termizi Abdul Razak Al-Jangkang, 44, ialah Pengarah Urusan Al-Tirmidzi Consultant Centre yang juga merupakan Imam muda yang kerap muncul di rancangan TV dan beliau pernah bertugas di Jabatan Perdana Menteri sewaktu kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa slogan 'Islam Hadhari'.

Terdapat 9 slot ceramah telah dibentangkan oleh penceramah jemputan itu yang merupakan Pengarah Urusan At-Tirmidzi Consultant Centre (ATCC) yang berpusat di No.25, Jalan Bayu 6, Desa Sri Bayu, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.


Ramai di kalangan peserta menyatakan rasa puas hati dengan kelainan slot-slot ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr Ahmad Termizi, 44, yang juga merupakan Imam muda yang sememangnya berpengalaman dan cukup prolifik dalam bidang pendakwahan agama.

Berkelulusan dari salah sebuah universiti di Mesir, Ustaz Dr Ahmad Termizi turut dibantu oleh 2 orang lagi tenaga pembimbing bagi mengadakan latihan jasmani dan aktiviti berpasukan peserta.


Setinggi ucapan terima kasih saya juga kepada tuan penceramah Al Ustaz Dr Ahmad Termizi Abd Razakdan dua rakan beliau serta pengurusan KeTTHA Malaysia kerana telah berjaya menganjurkan kursus ini di luar Labuan. Semoga kursus seumpamanya dapat diteruskan lagi di masa akan datang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan