Khamis, 27 November 2014

Temasya Sukan BIMP-EAGA 2014 di WP Labuan

LABUAN:  Sebanyak 13 pasukan lelaki dan 11 pasuk wanita, termasuklah tuan rumah Labuan masing-masing dua regu mengesahkan penyertaan bagia cara sepaktakraw pada Temasya Sukan Persahabatan BIMP-EAGA 2014 Edisi ke-8 yang akan berlangsung di Wilayah Persekutuan Labuan dari 6 hingga 10 Disember ini.

“Bagaimanapun sepak mula acara sepaktakraw dijadualkan tiga hari, pada 7 hingga 9 Disember di Dewan JS Sports Center, Kampung Segumau,” kata Ketua Teknikal dan Setiausaha pertandingan, Sarawallieh Hj Ashrin (gambar) ketika dihubungi di sini.

Katanya, hari pertama didahului dengan acara sepaktakraw double kategori lelaki dan wanita akan diadakan satu hari pada 7 Disember bermula jam 7.30 pagi hingga ke malam.

Sarawallieh memberitahu, peringkat separuh akhir kedua kategori itu dijalankan jam 2.30 petang dan peringkat akhir dijadualkan jam 8.30 malam pada hari yang sama.

Manakala pada keesokkannya 8 Disember pula acara sepaktakraw regu trio bagi kedua kategori dilangsungkan dan peringkat akhir dijadual pada 9 Disember bermula 8.00 pagi.

Menurut Sarawallieh, dua tetamu kehormat, iaitu Naib Ketua Bahagian UMNO Labuan, Datuk Bashir Hj Alias dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan, Mohd Rafi Ali Hassan turut diundang untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Beliau menyeru kepada para peminat sukan di WP Labuan dijemput datang beramai-ramai dan memilih beberapa venue pertandingan untuk menyokong pasukan mereka, sambil menyaksikan pasukan-pasukan dari negara luar untuk bersaing dalam setiap acara.

Sementara itu, sebanyak 16 kontinjen dari empat Negara akan berkampung di WP Labuan dengan mempertandingkan 10acara pada Temasya Sukan Persahabatan Siri ke-8 BIMP-EAGA 2014 (termasuklah Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina).

Maskot sukan dipilih ialah “Kesising” sejenis ketam laut menjadi maskot setelah digunakan pada Sukan Borneo ke-5 tahun lalu.

Buat pertama kali selaku tuan rumah, WP Labuan akan menyertai kesemua 10 acara yang dipertandingkan di beberapa venue, iaitu olahraga (Kompleks Labuan), bolasepak (Stadium Labuan, Padang Kolej Matrekulasi Labuan dan Dataran Labuan), manakala futsal (di arena PL Tanjung Purun).

Acara Lawn bowl (di Arena Bowling Antarabangsa Tg Purun), bola keranjang (di DewanSerbaguna PL), badminton Dewan Kompleks JBS), pencak silat (di Labuan Square), memanah (Padang Ragbi PL), sepaktakraw (Dewan JS Sport Center Kg Segumau) dan bola tampar pantai (di Palm Resort & Spa Batu Manikar).

Kontinjen Sabah dan Kalimantan Timur menyertai 9acara, Sarawak dan Papua (8 acara), Palawan dan Selawasi Selatan (7 acara), Brunei Ds, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, Kalimantan Utara dan Mindano (5 acara), Selawasi Tengah (4 acara), Kalimantan Tengah (3 acara), Maluku (2 acara) dan Zambuanga hanya menyertai satu acara menerusi pencak silat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan